Ticker

6/recent/ticker-posts

Kakak tampil perjelas apa sebenarnya berlaku, Haqiem Stopa sebenarnya dianiaya, kebenaran akan terbongkar akhirnya

 


Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila seorang pempengaruh tiktok yang juga diangkat sebagai ikon permotoran negara iaitu Haqiem Stopa telah ditahan pihak berkuasa atas dakwaan menimpan gambar dan video tidak bermoral bekas kekasihnya.

Tidak ingin netizen terus mengecam sedangkan tahu apa yang berlaku sebenarnya, kakak kepada pempengaruh itu meluahkan rasa kecewa apabila adiknya telah dianiaya oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Memetik artikel dari ohbulan! wanita itu yang menggunakan nama akaun tiktoknya sebagai Ladyspaint86 mendakwa tahu kisah sebenar yang terjadi malah dia akan terus memberi sokongan kepada adiknya selain akan membongkarkan kebenaran tersebut.


Sebab percayakan seorang perempuan, akhirnya makan diri kau sendiri dik. Untuk lelaki, jangan jadi bodoh sebab betina. Kau sayang perempuan, tolong lah agak-agak. Macam mana kau kena sekarang? Semua orang tahu kau gilakan sangat betina tu.

Wanita ini akui kecewa dengan individu berkenaan yang didakwa menganiaya dan menghukum Haqiem Stopa sehingga menjatuhkan maruahnya.

Benda tak betul pun sebenarnya. Salah tetap salah. Betul dengan tidak, kita tunggu selepas ini. Aku nak tunjuk hal yang sebenar apa yang aku tahu tapi nanti, benda tak settle lagi. Tak apa, kita jalan dulu bagi dia menari-nari dulu, bergembira sebab apa? Sebab benda yang dia rancang dah berjaya.

Dalam video pendek itu juga, Ladyspaint86 menasihatkan golongan adam agar  terlalu tergila-gilakan seseorang atas dasar cinta sehingga boleh dijatuhkan sebegitu rupa. Bukan itu sahaja, wanita ini turut mempersoalkan motif bekas kekasih adiknya yang membuat laporan polis tanpa berbincang terlebih dahulu. Walhal sebelum ini, apa sahaja berkaitan dengan adiknya, boleh sahaja disampaikan kepadanya.


Kau nak cerita jahat dia je, kau tak nampak kebaikan dia. Keburukan dia semua nak cerita dengan orang. Hakikatnya, dia (Haqiem) tu orang yang kau sayang dulu. Orang tu (Haqiem) bercinta dengan kau bertahun-tahun, lepas itu bertunang dan dalam masa perhubungan korang ada sahaja yang tidak kena.

Tapi, bila kau jumpa dengan jantan lain, kau dah jadi panas dengan budak ni (Haqiem). Setiap kali jumpa, gaduh. Tak mengapa kalau kau pergi ke orang ketiga. Tetapi, kenapa kau perlu jahanamkan hidup dia (Haqiem).

Sumber: TikTok Ladyspaint86

Artikel dipetik dari OhBulan!

Post a Comment

0 Comments