Ticker

6/recent/ticker-posts

Suatu Hari Nanti Saya Akan Berhijab Semula, Kata Emma Maembong

 


Pelakon Emma Maembong memberitahu dia tidak akan selamanya kekal dengan imej seperti hari ini (membuka aurat) dan akan berubah jika sudah sampai waktunya suatu hari nanti.


Kata pemilik nama lengkap Fatimah Rohani Ismail itu, dia sedar ramai peminat memintanya untuk kembali kepada fitrah sebagai seorang wanita Muslim lebih-lebih lagi dia pernah tampil dengan imej menutup aurat selama lima tahun.


“Bagi saya setiap wanita Muslim beragama Islam, mereka semua mahu menuju ke arah kebaikan, begitu juga saya.


“Tiada siapa yang mahu berbuat jahat akan selamanya kekal dengan imej sebegitu (membuka aurat),” katanya kepada Kosmo! Online.


Bagaimanapun, selebriti berusia 30 tahun itu berkata, bukan mudah untuk seseorang berubah lebih-lebih lagi bagi mereka yang hidup dikelilingi dengan masyarakat yang suka menjatuhkan hukum.



Bercakap lebih lanjut, Emma memberitahu suatu hari nanti dirinya pasti akan kembali menutup aurat seiring dengan peningkatan usia kerana dia tidak mahu selama-lamanya kekal dengan imej seperti sekarang.


“Saya pernah pakai tudung, insya-Allah satu hari nanti, mesti saya akan ke arah itu semula (menutup aurat). Bila tiba masanya saya akan pakai (hijab).


“Saya tidak akan selamanya begini sehingga ke tua. Saya pun mahu ke arah kebaikan kerana saya bukannya makin muda,” jelasnya.


Ketika disoal tentang perasaan suaminya, Muhammad Shazli Azhar yang turut terkait apabila dituduh netizen tidak pandai mendidik isteri, Emma mengakui suaminya ada terasa hati.


Bagaimanapun, dia namun menasihati suaminya supaya tidak melayan tohmahan tersebut.



“Suami saya pun manusia biasa. Bila dengar orang kata dirinya tidak pandai ajar isteri, sudah tentu dia terasa. Orang lain yang mendengar pun rasa seperti kasar sangat teguran sebegitu.


“Saya ada bercakap dengan suami abaikan sahaja, sebab nanti kalau melayan hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Lama-lama dia faham,” jelas Emma.


Emma yang ditemui ketika majlis sidang akhbar program realiti The Masked Singer Malaysia di sini, semalam turut memberitahu dia tidak akan berkongsi semua kehidupan peribadinya dalam media sosial terutama membabitkan keluarga.


Kata pelakon Nusyuz Berkiblat Cinta itu, apa yang ditayangkan dalam Instagram adalah kehidupannya sebagai seorang selebriti bernama Emma Maembong, bukan realiti dirinya sebagai Fatimah.


“Nama Instagram saya pun Emma Maembong, bukan nama dalam surat beranak. Jadi biarlah saya tunjuk inilah kehidupan seorang Emma Maembong sebagai seorang selebriti.


Sumber : Kosmo! Online

Post a Comment

0 Comments