Ticker

6/recent/ticker-posts

Pablo Amirul Bongkar Ahli Politik Terkenal Sertai Ajaran Sesat Dan Skandal Dengan Bekas Kekasih?

 


Baru-baru ini hangat di media sosial apabila seorang pelakon terkenal, Pablo Amirul membuat pengakuan bahawa dia merupakan salah seorang pengikut ajaran sesat dikenali sebagai Millah Abraham sejak dua tahun lepas.


Bukan itu sahaja, ketika membuat pendedahan itudi Facebook live, aktor handalan tersebut turut meminta orang ramai untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa dan Jabatan Agama Islam.


Dia turut menyebut nama seorang wanita dikenali sebagai Fatin Nabila Musa yang didakwa menjadi penyebab dia menyertai ajaran tersebut.



Memetik artikel dari portal hiburan beautifulnara, Pablo menerusi instagramnya turut mendedahkan bahawa wanita yang merupakan bekas kekasihnya itu telah meninggalkan dirinya kerana curang dengan seorang ahli politik terkenal.


Kata Pablo, ahli politik berkenaan menipu isteri dan menjalinkan hubungan sulit dengan Fatin yang merupakan seorang juruterbang itu dan sebaya dengan anaknya sendiri.


Aku ingat gaji sebagai juruterbang cukup rupanya dibela lelaki orang. Tak malu ke bela juruterbang yang sama baya (dengan) anak kau.”



Pendedahan berani daripada Pablo itu meraih perhatian ramai orang di media sosial termasuklah rakan selebriti yang turut memberikan komen di hantaran tersebut.


Antara komen yang menarik perhatian adalah daripada Fezrul Khan yang turut menghentam ahli politik terbabit kerana beliau memegang jawatan yang tinggi.


Dalam pada itu, akaun bekas teman wanitanya telah pun dipadam selepas Pablo membuat pendedahan itu semalam.

Sumber : instagram via beautifulnara

Post a Comment

0 Comments