Ticker

6/recent/ticker-posts

Subhanallah! Rumah dipenuhi lumpur banjir tapi al-Quran tak terjejas

 


"Keadaan al-Quran itu sedikit pun tak kena lumpur dan tak terbalik sedangkan air sangat deras hingga mesin basuh dan tong gas terbalik," kata Zumigawati Mat Adam, 49.


Zumigawati yang tinggal di Kampung Tengkawang Kuala Berang, Terengganu berkata, rumahnya mulai dinaiki air kelmarin sebelum dia terkejut melihat al-Quran yang sering dibaca dan diletakkan atas tilam dalam bilik itu tidak terjejas.


"Setiap kali selepas solat, saya akan membaca al-Quran dan letak atas 'toto'. Selalu tengok orang kongsi al-Quran selamat tak kena banjir, tapi kali ini terjadi kepada saya.


"Ketika melihat kejadian ini depan mata, tiada lain yang diungkapkan selain memuji kebesaran Allah SWT," katanya kepada Harian Metro.


Menurutnya, apa yang membuatkan dia terkejut juga apabila terdapat labah-labah pada rehal itu.


"Keadaan rumah saya penuh lumpur dan berselut. Kalau tengok bahagian dalam al-Quran hanya basah sikit tapi macam terkena air bersih.


"Bahagian atas al-Quran pula bersih dan sedikit lumpur pun tak ada, kemudian, ada labah-labah kecil betul-betul atas atas rehal. Saya teringat kisah labah-labah yang menyelamatkan Nabi Muhammad SAW ketika dalam Gua Hira," katanya.


Menerusi perkongsian di Facebook, Zumigawati yang pernah terbabit dalam industri seni sebagai pekerja belakang tabir turut memohon sukarelawan bagi membantu membersihkan rumahnya yang habis ditenggelami banjir.


"Elektrik dah ada cuma air paip masih perlahan. Saya nak minta tolong sukarelawan datang di kampung saya bagi membantu pendudukan yang terjejas teruk akibat banjir ini.


"Pertama kali ruang tamu dan semua bilik dinaiki ini. Banjir tahun sebelum ini pun tidak seteruk sekarang.

"Semuanya habis rosak kena lumpur banjir. Kalau ada yang nak menyumbang walau RM10 pun saya bersyukur dan boleh buat beli tikar baru," katanya.

Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments