Ticker

6/recent/ticker-posts

Tak peduli kecaman netizen, Kak KM pertahan pakaian mencolok mata anak daranya

 


Terbaharu, penampilan anak perempuannya mengayakan gaun putih dilihat mencolok mata mengundang rasa kurang senang netizen.


Bengang membaca komen negatif itu, Kak KM memberitahu pakaian dipakai anak sulungnya iaitu Nabila Razman tidaklah keterlaluan seperti diperkatakan orang ramai.


Kak KM tidak kisah dengan kecaman netizen


"Waktu kahwin dulu-dulu dah pakai kebaya jadi sekarang bila sambut anniversary rasa macam nak pakai dress pula.


"Bagi saya pakaian yang anak pakai hari itu biasa sahaja sebab memang jenis dress. Cuma waktu itu kak KM pakai rantai jadi boleh tutup bahagian dada, tetapi anak pula tak pakai.


"Suka hati mereka nak cakap apa. Kalau Nabila dan Rania pakai elok pun orang tetap bercakap," katanya kepada mStar.



Video majlis sambutan ulang tahun perkahwinan ke-20 yang dimuat naik oleh Kak KM menerusi Instagram baru-baru ini menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.


Sementara itu, Kak KM memberitahu bahawa tindakan netizen yang sentiasa mencari salah itu sedikit sebanyak membantu mengembangkan lagi perniagaannya.


"Terima kasih kepada netizen sebab viral lagi. Bagi Kak KM itu mungkin satu marketing sebab Kak KM memang suka viral.


"Sebab kalau tiada netizen yang bercakap fasal Kak KM, saya tak akan berada sampai tahap ini," ujarnya.



Meskipun dikecam teruk, rata-rata pengikut memuji cara Kak KM menguruskan rumah tangga.


Lebih-lebih lagi melihat Kak KM melayan suami serta anak-anaknya dengan begitu baik selepas 20 tahun mendirikan rumah tangga.


"Keluarga bahagia. Suka tengok ikatan kak KM dan keluarga. InshaAllah semoga terbuka hati untuk lebih menjaga aurat dan sopan selepas ini. Moga yang baik-baik untuk kita semua.


"Seorang yang baik pada keluarga. Seronok tengok keluarga Kak KM," komen netizen.

Sumber : mStar Online

Post a Comment

0 Comments