Ticker

6/recent/ticker-posts

4 bulan saya dipaksa makan babi dan tikus, wanita pula jadi tempat memuaskan nafsu sindiket scammer, kata Farhan

 


Setiap hari terpaksa makan daging babi, tikus dan ayam yang tidak halal, selain turut diancam menggunakan cota elektrik.


Itu antara pengalaman perit dilalui Mohamad Farhan Azman, 20, sepanjang empat bulan berada dalam cengkaman sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar, malah sering kali juga dibelaasah sekiranya cuba melawan.


Farhan yang berjaya diselamatkan dan kini kembali ke kampung halaman berkata, pengalaman sama turut dilalui 15 lagi rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan sindiket penipuan itu dan mereka kini masih di sana.


Lebih teruk, katanya, ada juga antara mangsa khususnya wanita termasuk di bawah umur menjadi hamba se*ks anggota sindiket yang disertai kumpulan lelaki berpakaian ala askar dan bersenjaatakan M-I6 serta raiifal.


Menceritakan kembali detik hitam itu, Farhan mengakui ia meninggalkan trauma cukup mendalam dalam dirinya meskipun berjaya lari dari lokasi kejadian di KK Garden Myanmar itu dan pulang ke tanah air bersama rakan sekampungnya


"Saya tidak tahu apa nasib kawan-kawan lain sekarang (yang masih dalam tahanan sindiket)...ketika bekerja di bangunan setinggi empat tingkat dan dipagari tembok berkawat besi itu, keadaannya tak ubah seperti penjara, dengan satu sahaja jalan keluar dan masuk.


"Kami rata-rata berusia antara 18 hingga 26 tahun tak boleh melarikan diri dan sentiasa dikawal rapi 24 jam oleh lelaki bersenjata dan berpakaian askar," katanya.


Mengulas bagaimana terjebak, Farhan memaklumkan dia bersama empat rakan dari daerah ini bergerak ke Bangkok dan tiba di negara jiran itu pada 13 September tahun lalu menaiki penerbangan terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa, Senai.



Katanya, mereka menaiki pacuan empat roda ke Mae Sot Thailand dan selepas bermalam di sebuah hotel murah, dibawa melalui kawasan hutan, ladang tebu dan jagung sehingga sampai ke sebuah sungai sempadan Thailand-Myanmar,


"Ketika itu kami sudah mula syak, malah ada yang cakap kami sudah kena jual.


"Sebaik di sungai itu, sekumpulan lelaki berkain pelikat menyerbu kenderaan kami dengan muka bengis, mengangkat beg kami dan menyuruh kami menaiki bot.


"Selepas 20 minit, kami tiba di sebuah kawasan dengan disambut ramai lelaki berpakaian askar dan bersenjata yang menyuruh kami mengikut mereka menaiki kenderaan pacuan empat roda.


"Dalam setiap kenderaan itu, ada lapan orang termasuk dua 'askar' bersenjata dan semuanya lebih tiga kenderaan," katanya.


Farhan berkata, selepas kira-kira tiga jam perjalanan, mereka tiba di kompleks seperti penjara itu yang mempunyai segala kemudahan seperti penginapan, kawasan rekreasi, kedai makan dan sebagainya.


Katanya, mereka pada awalnya dijanjikan pekerjaan sebagai pengemas bilik hotel di Singapura dengan upah AS$2,000 sebulan.


Malah, untuk memperdayakan mereka, katanya sindiket berpura-pura menjaga makan minum selain memberi duit belanja RM2,000 ketika tiba di Bangkok.


"Kami bekerja sebagai 'scammer' untuk mencari mangsa dari negara Eropah dengan menjual apa-apa produk yang sangat murah.


"Selepas mangsa membuat transaksi dalam talian pada ' link' palsu yang diberikan, selepas sindiket mula 'mengeringkan' akaun bank mangsa," katanya.


Sumber : Berita Harian

Post a Comment

0 Comments