Ticker

6/recent/ticker-posts

Anwar terima teguran, jelaskan kenapa dia lantik Nurul Izzah

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau terbuka menerima setiap teguran dan akan memberikan penjelasan mengenai pelantikan Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan. 


Anwar menegaskan bahawa pelantikan itu dilakukan tanpa bayaran dan beliau ingin Nurul memainkan peranan membantu kerajaan, antara lain dalam memastikan ketelusan pentadbiran serta urusan perolehan tender kerajaan, berlaku secara teratur dan mengikut prosedur.


"Saya terima baik teguran. Saya jelaskan, itu berbeda dengan pengalaman yang lalu yang biasanya semua lantikan akan melibatkan soal upah dan ganjaran.


"Dia (Nurul Izzah) datang untuk bantu. Itu sahaja, bukan untuk ambil projek," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Sukan Negara 2021 di sini pada Selasa.



Perdana Menteri turut mempersoalkan pihak yang mengkritik beliau yang menurut Anwar, mereka sendiri tidak mengamalkan pentadbiran yang telus, malah memberikan kontrak dan tender bernilai jutaan ringgit kepada ahli keluarga mereka.


"Sebab itu saya kata sedia terima teguran. Jika ikhlas saya tiada masalah kerana saya komited memastikan supaya tiada amalan tidak sihat berlaku dalam pentadbiran kerajaan," katanya.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, membuka diri menerima sebarang teguran berhubung tuduhan nepotisme dalam pelantikan anaknya, Nurul Izzah, sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan. 


Beliau menegaskan bahawa pelantikan itu dilakukan tanpa sebarang pembayaran dan bertujuan membantu kerajaan memastikan ketelusan dan prosedur tatatertib dalam urusan pentadbiran dan perolehan tender.



Anwar menjelaskan bahawa nepotisme berlaku apabila seseorang diberikan jawatan untuk tujuan salah guna kuasa, memperkayakan diri, atau memperoleh upah tinggi. 


Beliau juga yakin bahawa rekod Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia yang merosot untuk tempoh tiga tahun hingga 2022 akan dipulihkan dan berubah pada tahun hadapan.


Perdana Menteri berkata bahawa kerajaan tidak akan bertoleransi terhadap rasuah dan salah guna kuasa, dan memberikan dukungan penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk melaksanakan tugas mereka. 


Menurut laporan Transparency International (TI), Malaysia berada di tangga ke-61 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2022 dari seluruh 180 negara, dengan skor 47 dari maksimum 100, turun satu tahap dari tahun sebelumnya.


Sumber : Bernama

Post a Comment

0 Comments