Ticker

6/recent/ticker-posts

Netizen dakwa Ira Kazar cuba tiru fesyen Puteri Sarah?

 




Rumah tangga pelakon Puteri Sarah menjadi tumpuan perbualan netizen selepas suaminya, Syamsul Yusof mengaku bernikah dengan Ira Kazar di Thailand. 


Tindakan ini mengejutkan banyak pihak termasuk keluarga. 


Walau bagaimanapun, majoriti netizen tidak setuju dengan perkahwinan Syamsul yang berkahwin lain dan ibunya juga tidak merestui perkahwinan tersebut. 


Baru-baru ini viralsatu video yang dikongsikan di TikTok yang  menuduh Ira Kazar mengambil gaya Puteri Sarah sebagai inspirasi untuk berfesyen.


@binafshasweet880609 Membalas kepada @hanani_nor #madu #binafshacontent #fypã‚· #puterisarahliyana #irakaza #binafshasweet #fyp #foryourpage90s #artismalaysia ♬ Santai - Faizal Tahir


Melalui video tersebut, individu tersebut membandingkan gaya berpakaian Ira dengan Puteri Sarah yang terlihat sangat mirip.



Video tersebut menjadi perbualan hangat di kalangan netizen, yang rata-rata menganggap Ira tidak akan mampu menandingi kecantikan dan gaya berpakaian Puteri Sarah.


Beberapa netizen juga memberikan komen pedas dan mengatakan bahawa Ira akan selalu kalah walaupun diterima oleh Syamsul. 




Namun, ada juga netizen yang berharap agar kedua-dua isteri Syamsul dapat berdamai dan hidup bahagia bersama.



Sumber : Rotikaya

Post a Comment

0 Comments