Ticker

6/recent/ticker-posts

Kami sudah mual ‘drama’ rajuk Mas Idayu, kata netizen

 


Aksi juri tetap, Mas Idayu yang kelihatan seperti merajuk dan diam semasa konsert separuh akhir Famili Duo disifatkan sebagai drama membingungkan oleh netizen.


Keengganan Mas Idayu untuk memberikan komen mengenai persembahan peserta pertama, Siti Sisters juga dikenali oleh rakan jurinya, Ajai.


Ajai memberitahu bahawa Mas Idayu memilih untuk diam kerana tidak mahu komen-komennya salah faham.


Tinjauan Kosmo! Online dalam gelanggang Twitter, mendapati rata-rata netizen tidak puas hati dengan sikap tiada berpendirian penyanyi senior itu, selain melabelkan aksi tersebut sebagai terlampau beria-ria.


“Dramalah Mas Idayu ini. Beria sangat.


“Kalau tidak mahu beri komen apa-apa, baik tidak perlu datang dan gantikan tempat tersebut dengan juri jemputan professional yang berpendidikan.


“Tidak perlu beria-ria menangis suruh Mas Idayu komen. Bagus juga senyap begitu, senang buat duit,” demikian ciap netizen dalam Twitter.



“Menyampah pula tengok Famili Duo ini dengan drama. Siti Sisters itu disuruh baca skrip merayu minta Mas Idayu komen,” ciap seorang lagi netizen.


Namun, selepas setiap peserta merayu minta persembahan mereka diberi komen, juri tetap itu akhirnya beralah. 


Kredit : – KOSMO! ONLINE


Post a Comment

0 Comments