Ticker

6/recent/ticker-posts

Pelakon Wanita Cantik Cuba ‘Try’ Aliff Aziz? Terkejut Ini Didedah Bella Astillah, Mesti Semua Tak Sangka!!

 


Bella Astillah, pelakon dan penyanyi, mengungkapkan bahawa seorang pelakon wanita cuba untuk mendekati suaminya dan mengaku tergila-gila dengan Aliff Aziz. 


Dalam satu temubual dengan Budiey, Bella mengatakan bahawa pelakon wanita tersebut sering menghubungi suaminya dan menurutnya ia tidak perlu kerana dia juga pernah berlakon bersama suami orang, tetapi tidak pernah melakukan hal yang sama


“Saya tengok hari-hari ada ‘missed call’ dan sebagainya yang saya rasa tidak perlu.  Bella risau kejadian lama berulang kembali.


“Saya tak tahu nombor telefon siapa. Bila saya dapatkan nombor daripada seorang rakan artis, saya tengok nombor ni sama. So, it’s her. 


“Saya cukup marah sebab saya sendiri pernah berlakon dengan suami orang Zamarul Hisham, saya tak pernah berhubung dengan dia,” katanya.




Menurut Bella lagi, heroin drama itu mengakui tindakannya itu kurang bijak serta mengatakan dia masih baru dalam industri. 


“Bila hari-hari ada missed call tujuh hingga lapan kali, rasanya itu tidak perlu. Pada mulanya, saya tak tahu itu nombor siapa. Bila saya minta nombor individu tersebut daripada rakan artis, rupanya memang nombor yang sama.


“Rasanya individu tersebut pun sedar yang saya dah tahu. Saya sendiri pernah berlakon dengan suami orang tapi tak pernah pun berhubung selepas waktu kerja. Kalau telefon sekali dua, saya faham lagi. Tapi kalau tujuh lapan kali, saya tak nampak sebabnya,” kongsinya lagi.


Bella berkata sedemikian ketika ditemui usai konsert separuh akhir Famili Duo yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada Ahad.


Dalam pada itu, Bella turut mendedahkan pelakon wanita tersebut telah memohon maaf dan mengakui kesilapannya itu.




“Saya ada berhubung dengan pelakon wanita tersebut. Dia memohon maaf dan mengakui dirinya bodoh kerana tersuka pada suami saya. Dia direct message dan Whatsapp tanpa henti. Dia minta kami berkawan tapi saya tak mahu.


“Sekarang ini makin ramai yang berani mendekati pasangan orang lain. Saya rasa sangat kecil dan tidak dihormati,” ujarnya.


Bagaimanapun, Bella memberitahu, dia memerlukan masa untuk memaafkan individu terbabit.


“Saya ini hanyalah manusia biasa. Mungkin proses ini mengambil masa perlahan-lahan. Yang kejadian sebelum-sebelum ini pun saya dah maaf dan lupakan.


Bagaimanapun, Bella mengatakan wanita itu bukan orang baru serta menitipkan pesanan kepada heroin itu supaya menjaga adab apabila bekerja dengan suami orang.


Sumber : Rotikaya

Post a Comment

0 Comments