Ticker

6/recent/ticker-posts

Kecantikan Luar Biasa Puteri Sarah Tarik Perhatian Netizen, Persis Angelina Jolie

 


Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai kemelut rumah tangga Puteri Sarah apabila suaminya, Syamsul Yusof mengaku sudah berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand.

Baru-baru ini perkongsian Puteri Sarah menjadi perhatian ramai apabila ada yang memuji kecantikan pelakon itu dikatakan persis bintang Hollywood terkenal, Angelina Jolie.


Menerusi perkongsian itu, Puteri Sarah memuat naik foto bersama pelakon lain yang membintangi sebuah drama berjudul Andai Itu Takdirnya.


Diruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan pelakon itu meskipun sudah berusia 37 tahun. Malah, ada yang mengatakan rugi buat suami kerana ramai lelaki diluar sana mungkin sedang menunggu wanita seperti aktres itu.




Dalam pada itu, ramai mendoakan agar Puteri Sarah tabah menghadapi dugaan yang berlaku serta dipermudahkan segala urusan.

Semalam, Puteri Sarah memaklumkan akan memfailkan perceraian di mahkamah syariah pada Isnin ini.

Sebelum ini, Puteri Sarah meminta Syamsul untuk melepaskannya kerana tidak relad dimadukan serta menyifatkan suaminya seorang yang narcassistic.

Sumber : Rotikaya

Post a Comment

0 Comments