Ticker

6/recent/ticker-posts

Mula-mula Mas Idayu kunci mulut buat ramai netizen terkejut

 


Juri tetap Famili Duo, Mas Idayu hanya mula memberi ulasan atau komen terhadap peserta kedua minggu ketujuh program realiti, Famili Duo, Ayda Jebat dan Fyna Jebat selepas mengunci mulut terhadap persembahan peserta pertama, Siti Sisters, hari ini. 


Menerusi persembahan Siti Sisters itu, Mas Idayu hanya memberi markah tanpa sebarang ulasan. 


Tindakan Mas Idayu itu dipercayai susulan kontroversi komen pedas yang diberikan pada persembahan Sissy Iman dan Naim Daniel minggu lalu.


"Saya sebenarnya tidak kisah dicerca, digina. Tidak kisah sama sekali. Yang saya takut bila saya tidak mahu lagi menegur. Apa pun, saya okay saya happy," katanya.


Sebelum itu, juri bersama, Ajai berkata, dia menghormati keputusan penyanyi dangdut itu untuk hanya memberi markah tanpa sebarang ulasan.


"Saya ada pengumuman malam ini. Saya menghormati keputusan Mas Idayu untuk tidak memberi sebarang komen hari ini.


"Mas Idayu takut komen akan disalah anggap atau disalah tafsir," katanya sebelum memberi komen pada persembahan Siti Sisters.


Sumber : Harian Metro




Post a Comment

0 Comments