Ticker

6/recent/ticker-posts

Ayuh Puteri Sarah Kita Ada Bukti, Ini Semua Hasutan Orang Ketiga, Kata Datin Patimah Ismail

 


Kes penceraian antara Syamsul Yusof, seorang pengarah filem terkenal, dan isteri pertamanya, Puteri Sarah menjadi tular sejak semalam apabila Syamsul memohon nusyuz ke atas Puteri Sarah di Mahkamah Syariah Rendah Gombar Timur.


Syamsul juga mendakwa bahawa Puteri Sarah telah berlaku khianat kepadanya dengan menjalin hubungan dengan lelaki lain yang sudah berkahwin.


Puteri Sarah, bagaimanapun, tidak mahu mengalah dan berkata bahawa beliau tidak gentar dengan tindakan Syamsul itu.




Ibu mertua Puteri Sarah, Datin Patimah Ismail juga memberi sokongan kepada menantunya itu dengan meninggalkan komen yang mengatakan bahawa mereka mempunyai bukti untuk membela diri.


Datin Patimah juga menyatakan bahawa perkara ini adalah akibat daripada fitnah orang ketiga dan Allah akan melindungi orang-orang yang dizalimi.




Puteri Sarah juga memberi amaran kepada Syamsul dan Ira Kazar semalam bahawa mereka sedang diselidik di bawah Akta 559, Akta Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 di bawah seksyen 23 yang melibatkan zina.


Sumber : Rotikaya

Post a Comment

0 Comments