Ticker

6/recent/ticker-posts

Bukan Sengaja Tarik Diri, Aaron Aziz Akui Dibuang Dari Filem Syamsul Yusof

 


Datuk Aaron Aziz telah mengesahkan bahawa beliau tidak akan lagi terlibat dalam filem arahan pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Original Gangster.


Menurut laporan Astro Gempak, Aaron enggan untuk memberikan alasan mengapa beliau telah dibuang dari filem tersebut dan beliau juga tidak mahu mendedahkan aib sesiapa.


“Saya bukan tarik dari, tapi dibuang. Saya cuma boleh katakan saya tak terlibat dalam Original Gangster. Saya nak jadi profesional, saya tak nak buka aib sesiapa.




“Saya bagi muka pada Datuk Yusof Haslam, saya anggap dia macam bapa saya. Siapa yang tahu… tahulah,” katanya.


Ditanya adakah berlaku perselisihan faham antara dia dan Syamsul, Aaron enggan mengulas mengenainya serta mendoakan yang terbaik.




“Selisih faham tu.. yang faham tu faham jelah. Yang tak faham, tak payah faham. Saya tak nak buka cerita. Apapun saya doakan yang terbaik,” katanya.


Filem The Original Gangster dibintangi pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Yayan Ruhian, Beto Kusyairy, Sharnaaz Ahmad, Shaheizy Sam dan Soffi Jikan.


Sumber : ROTIKAYA

Post a Comment

0 Comments