Ticker

6/recent/ticker-posts

Pengakuan ikhlas Hafidz Roshdi buat pengamal media tak mampu tahan emosi

 


"Kepada kedua-dua anak saya, Humairah dan Umar, abah rindu dan sayang kalian berdua, dan tidak pernah sesaat pun abah lupakan kalian.


"Buat keluarga saya, terima kasih kerana menjadi tulang belakang Hafidz selama ini, dan sentiasa bersama Hafidz apa jua keadaan dan situasi. Terima kasih banyak-banyak."


Itulah kata-kata ikhlas yang keluar dari Hafidz Roshdi dalam sidang mahkamah hari ini mengusik emosi para pengamal media dan ahli keluarga pelakon yang hadir.




Menurut kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini, Hafidz mengatakan bahawa dia menerima ujian hidupnya hari ini dengan tabah. Kehadiran beliau di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu adalah dalam usaha menghadapi dakwaan ke atas dirinya atas tuduhan menumbuk isterinya di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya pada 2 Mac lalu.


"Saya akan terus melangkah ke hadapan, setapak demi setapak, sehingga saya lebih berjaya berbanding sebelum ini," katanya lagi selepas keluar daripada Mahkamah.


Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, memerintahkan Hafidz dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani pemeriksaan dan rawatan psikiatri.


Perintah itu dikeluarkan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak selaku Majistret selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar bagi pemeriksaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.




Dia yang ditemani peguamnya, Datuk Akbardin Abdul Kader turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang diluar sana yang terus mendoakan kebaikan serta kesejahteraan buatnya sekeluarga.


"Dalam kami menghadapi tempoh-tempoh sukar dan sulit ini. Kami percaya dan yakin, setiap kesukaran pasti ada kemudahan pada akhirnya.


"Di dalam hidup saya, di antara momen indah adalah apabila berumah tangga dengan pilihan hati saya. "Tidak pernah terlintas di lubuk fikiran saya bahawa pada hari ini saya berada di mahkamah kerana dituduh mencederakan orang yang saya sayangi.


"Saya adalah seorang manusia, sama seperti anda, yang inginkan kebahagiaan sehingga ke penghujungnya. Namun, hari ini, adalah satu episod yang paling suram dalam hidup saya," katanya yang reda dengan apa yang telah ditakdirkan.


Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments