Ticker

6/recent/ticker-posts

"Hampir Nak Tersembur" - Netizen Tegur Baju Watie Ketat Sangat

 


Ramai peminat mengetahui hubungan istimewa antara pelawak terkenal, Shuib Sepahtu dan juga usahawan berjaya, Watie hanafiah.


Khabarnya pasangan ini akan mendirikan rumahtangga tidak lama lagi, kalau betul.. tahniah min ucapkan kepada pasangan merpati dua sejoli ni... 


Baru-baru ini, Watie telah memuat naik sebuah video di Instagram yang memaparkan dirinya sedang berjalan 'catwalk' di suatu lokasi. 


Dalam video tersebut, Watie dilihat memakai baju berwarna putih sambil mempromosikan produk kecantikan.


Memetik artikel yang ditulis rotikaya, perkongsian Watie itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menegur pemakaian usahawan itu yang terlalu ketat dan menampakkan bentuk tubuhnya.




Ada netizen yang meluahkan rasa hairan bahawa Shuib pernah mengatakan Watie mempunyai persamaan dengan arwah isterinya, Siti Sarah.


Di samping itu, terdapat juga netizen yang memuji kecantikan Watie dan mendoakan agar dia diberikan hidayah dan menutup aurat dengan sempurna pada satu hari nanti.





Untuk rekod, Shuib mendedahkan dia merancang untuk mendirikan rumah tangga bersama Watie pada pertengahan tahun ini, namun perkara itu masih dalam perancangan.


Sumber : Rotikaya

Post a Comment

0 Comments