Ticker

6/recent/ticker-posts

Saya terpaksa rahsiakan lokasi saya dan keluarga demi keselamatan, kata Uqasha Senrose

 


Pelakon terkenal, Uqasha Senrose memohon agar rakyat Malaysia dan Singapura tidak bertelingkah selepas suaminya, Kamal Adli diserang di sebuah acara ekspo di Singapura baru-baru ini.


Melalui video yang dimuat naik di Instagram, Uqasha memohon agar insiden tersebut dijadikan pengajaran kepada semua pihak untuk sentiasa menjaga keselamatan diri. 


Beliau juga mengungkapkan harapan agar kedua negara dapat menjalin hubungan yang baik dan mempromosikan keamanan dan persahabatan di antara rakyat Malaysia dan Singapura.


"Apa yang berlaku tak ada kena mengena dengan negara. Malang tak berbau dan boleh berlaku di mana-mana. Jangan kerana seorang, satu negara terkena kesannya. Tak boleh begitu.


"Apa yang berlaku kepada kami, adalah pengajaran untuk semua orang supaya lebih berhati-hati selepas ini. Kita tak tahu siapa suka kita dan siapa bencikan kita. Saya harap, semua orang jangan bergaduh antara negara," katanya.




Memetik artikel dari harian metro, Uqasha berkaata, rakyat Singapura adalah masyarakat yang baik dan turut menghulurkan bantuan ketika insiden itu berlaku.


"Saya nak jelaskan, orang Singapura semua baik-baik. Mereka ada bantu saya dan adik-adik saya semasa Kamal diserang. Tak ada siapa yang salah sebab benda nak jadi.


"Jangan kita bermusuh antara negara. Kita sama-sama cari rezeki. Saya pun ke sini untuk cari rezeki. Biar polis jalankan siasatan," katanya.


Dalam video sama, Uqasha memohon doa daripada pengikut dan peminatnya agar Kamal yang baru saja sedar selepas menjalani pembedahan diberikan kesembuhan.


"Saya harap anda semua tolong doakan Kamal sebab dia pun baru saja sedar dari kesan ubat bius. Dia ditidurkan untuk menjalani pembedahan. Dia perlu menjalani x-ray untuk pantau sama ada, ada bahagian retak atau apa," katanya.


Uqasha juga turut mengakui trauma selepas insiden serangan itu berlaku sekali gus terpaksa merahsiakan lokasi di mana dia dan keluarganya berada.




"Sampai sekarang saya tak tahu apa motif penyerang itu. Kami terpaksa rahsiakan lokasi kami kerana ugutannya adalah ugutan membnuh. Penyerang itu tak gila. Sama ada dia gangster atau apa, saya tak tahu,.


"Keadaan itu membuatkan saya trauma sebab pertama kali saya melihat insiden begitu berlaku di depan mata saya sendiri," katanya.


Di Instagram Story, Uqasha memuat naik gambar cota yang digunakan penyerang itu untuk memukul Kamal.


Sementara itu, suspek yang menyerang Kamal iaitu lelaki berusia 33 tahun akan didakwa di mahkamah di Singapura, hari ini.


Menurut Polis Singapura (SPF), lelaki itu akan dituduh kerana disyaki terbabit dalam kes menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata berbahaya.


Sumber :Harian Metro

Post a Comment

0 Comments