Ticker

6/recent/ticker-posts

Boss Kay hantar video lafaz cerai 10 saat kepada isteri... Wajah ceria jatuh talak 2, kini rasa lebih positif

 



Baru-baru ini kecoh satu video di media sosial berkenaan tindakan personaliti media sosial, Khaireel Azlee Abd Aziz yang didakwa menceraikan isteri keduanya, Norsufia Johari atau Cik Pia menerusi siaran langsung TikTok. 


Namun, Boss Kay, seperti Khaireel Azlee dipanggil, menafikan perkara tersebut dan mengesahkan bahawa video lafaz cerai terhadap Cik Pia hanya dirakam untuk tujuan peribadi antara mereka sahaja.


"Itu merupakan video peribadi yang ditularkan oleh pihak sana (Cik Pia). Video itu saya hantar WhatsApp untuk rujukan dia. Bukan saya yang tularkan, itu fitnah.


"Saya hantar secara peribadi. Lafaz itu dibuat pada 12 Mac (2023) dan video itu dirakam 10 saat saja. Orang kata saya lafaz cerai dalam live TikTok, itu fitnah. Ini adalah video peribadi," ujarnya kepada mStar.


Terdahulu, tular video 10 saat di Twitter, memaparkan Boss Kay melafazkan cerai talak dua terhadap isterinya.




"Saya Khaireel Azlee Abd Aziz ceraikan Norsufia Johari dengan talak dua. Assalamualaikum, selamat hari jadi," ujar Boss Kay dalam video tular itu.


Mengulas lanjut tentang video lafaz cerai itu, Boss Kay berkata dia juga tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis pada masa akan datang sekiranya ia memberi impak buruk terhadapnya.


"Benda tu saya boleh buat laporan, tapi saya tak nak buat. Kalau makin kritikal atau dapat nasihat peguam, saya akan buat. Pada saya perbuatan itu, tak ada etika dan menyebabkan fitnah," ujarnya lagi.


Dalam pada itu, Boss Kay berkata dia tidak terkesan dengan kecaman netizen dan menyerahkan apa yang berlaku kepada Allah.


Selain komen berbentuk makian, gaya ceria Boss Kay ketika dia melafazkan cerai turut menjadi pertikaian dalam kalangan netizen.




"Saya rasa saya lebih positif berbanding pasangan lain yang bercerai sambil bertumbuk atau bergaduh. Saya terbuka terhadap sebarang komen.


"Saya husnudzon dan serahkan kehidupan kepada Allah. Kepada semua yang fitnah, itu antara awak dengan Allah. Dunia ini ada cerita saya, ada cerita anda dan ada cerita sebenar.


"Jadi jangan baca sebelah pihak. Kita memang boleh menghukum, tapi Allah yang ada kuasa," ujar TikTok Guru itu lagi.


Menurut Boss Kay, ini adalah kali kedua dia bercerai dengan Cik Pia dan mengakui sudah putus asa untuk menjernihkan hubungan antara mereka.


"Ini kali kedua, sebab kali pertama dulu saya dah balik (rujuk) kepada dia, namun gagal. Sebab itu kali ini talak dua," ujar Boss Kay lagi.


Sumber : mStar Online


Post a Comment

0 Comments