Ticker

6/recent/ticker-posts

Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja bapa kepada Nurul Izzah tapi bapa kepada kami semua - DS Saifuddin Nasution

 



JOHOR BAHRU: Bekas setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan Presiden Anwar Ibrahim adalah bapa kepada semua bukan hanya Nurul Izzah.

Saifuddin berkata, beliau tidak mempersoalkan segala keputusan dibuat pada pemilihan parti semalam susulan kemenangan Nurul Izzah mengalahkan Rafizi Ramli dalam perebutan jawatan timbalan presiden.


“Tak ada sebab untuk kami persoalkan. Taat setia kami, kasih sayang kami kerana usia (Anwar) lebih dari kami. Pengalaman lebih dari kami, dan ketiga pengorbanan Anwar lebih dari kami.





“Datuk Seri (Anwar) sebagai bapa, bukan sahaja bapa kepada Nurul Izzah…tetapi bapa kepada semua,” katanya berucap dalam Kongres Nasional PKR di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada sebagai setiausaha agung Pakatan Harapan atas permintaan Anwar.


Beliau berkata, harapan ahli PKR, rakyat, rantau Asean dan Umat Islam dunia juga tertumpu kepada perdana menteri.


Dalam pada itu, Saifuddin turut berjanji akan menjadi orang pertama menegur Anwar jika janjinya untuk turun padang seminggu sekali berjumpa ahli parti tidak ditunaikan.


Semalam, Anwar berkata bermula Jun beliau akan turun padang menyantuni ahli PKR selepas akui sibuk dengan urusan kerajaan dalam tempoh menjadi perdana menteri.


Sumber : FMT

Post a Comment

0 Comments