Ticker

6/recent/ticker-posts

Cinta lama bertaut kembali selepas lebih 50 tahun terpisah 😍

 



Seorang wanita warga emas, Azizah Alias, 77, tidak menyangka akan bertemu jodoh buat pertama kali dalam hidupnya bersama lelaki yang pernah mencuri hatinya ketika zaman sekolah dahulu.

Beliau selamat bernikah dengan Prof Datuk Dr Md Sham Kassim, 81, dalam majlis sederhana di Kampung Lada, Rembau.

Pasangan ini terputus hubungan lebih lima dekad sebelum dipertemukan semula melalui anak saudara Azizah yang juga bekas pelajar Md Sham. Hubungan mereka kembali terjalin selepas Md Sham kehilangan isterinya enam bulan lalu.






“𝘚𝘢𝘺𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘤𝘢𝘺𝘢 𝘬𝘢𝘭𝘢𝘶 𝘴𝘶𝘥𝘢𝘩 𝘵𝘦𝘳𝘵𝘶𝘭𝘪𝘴, 𝘭𝘢𝘮𝘣𝘢𝘵 𝘮𝘢𝘤𝘢𝘮 𝘮𝘢𝘯𝘢 𝘱𝘶𝘯 𝘵𝘦𝘵𝘢𝘱 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘮𝘱𝘢𝘪,” 𝘬𝘢𝘵𝘢 𝘈𝘻𝘪𝘻𝘢𝘩.

Md Sham pula berkata beliau hanya mahu hidup berteman dan akhirnya nekad mencari semula cinta lamanya.

Cinta yang lama terhenti akhirnya disambung semula di usia emas, membuktikan bahawa jodoh itu tetap datang pada waktu yang tepat.

Sumber: Sinar Harian

Post a Comment

0 Comments