Ahli keluarga tidak dapat menahan kesedihan sewaktu menerima barangan peribadi milik 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam tragedi dekat Tasik Banding, di Gerik, Perak baru-baru ini.
Ketua misi Prof Dr Mohd Azlan Nafiah berkata sebuah lori membawa muatan barangan peribadi milik mangsa tiba pada 10.30 pagi tadi telah diserahkan kepada waris yang sedia menanti di pekarangan Masjid Hadhari di Jertih.
“Barang yang dibawa terdiri daripada barangan peribadi seperti pakaian yang diambil di bilik penginapan di lima kolej (asrama) kediaman universiti, empat buah motosikal yang digunakan pelajar semasa di kampus, komputer riba dan buku nota,” katanya ketika ditemui di pekarangan masjid itu.
Mohd Azlan berkata misi tersebut diuruskan Pusat Tranformasi Komuniti UPSI dan Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (Suksis) UPSI.
Beliau berkata bagi keluarga yang tidak dapat hadir ke masjid, pihaknya telah menghantar sendiri barangan mangsa kepada ahli keluarga di rumah mereka.
📸 Mohd Khairul Fikiri Osman | BERNAMA
0 Comments