Ticker

6/recent/ticker-posts

Dua anggota polis dicekup ketika sedang berkhalwat di sebuah rumah di Arau

 



Dua anggota polis masing-masing didenda RM5,200 oleh Mahkamah Tinggi Syariah selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan berkhalwat di sebuah rumah di Arau dan Kangar pada Jun lalu.


Mereka didakwa berkhalwat di dua lokasi berasingan pada 4 dan 21 Jun. Hakim menjatuhkan denda RM2,500 setiap seorang bagi pertuduhan pertama dan RM2,700 bagi pertuduhan kedua, atau dua bulan penjara jika gagal bayar.


Pendakwa memohon hukuman setimpal kerana kesalahan berulang, manakala tertuduh merayu denda minimum dengan alasan menyara keluarga dan membantu kewangan keluarga. Keduanya juga merancang untuk menikah selepas ini.


Sumber: Harian Metro

Post a Comment

0 Comments