Ticker

6/recent/ticker-posts

Peguam ibu Almarhumah Zara tunjuk salah satu buku milik anaknya yang 'dirampas'

 


Apa maksud 'rampas' dalam istilah polis?


Dalam undang-undang, perkataan 'rampasan' (seizure) adalah istilah rasmi yang digunakan pihak polis apabila mereka mengambil sesuatu barang, dokumen atau peranti untuk tujuan siasatan. Ia termaktub dalam Seksyen 20, 21 dan seterusnya dalam Kanun Prosedur Jenayah (CPC), di mana polis diberi kuasa merampas apa-apa yang boleh menjadi bahan bukti.


Tetapi dalam bahasa awam, istilah ini kadang-kadang kedengaran kasar seolah-olah berlaku secara paksa. Hakikatnya, tidak semestinya begitu.


Alhamdulillah, proses 'rampasan' berjalan lancar..


Semua pihak diberi penerangan yang jelas.


Prosedur dipatuhi sebagaimana undang-undang tetapkan.


Polis tetap menggunakan istilah 'rampasan' dalam laporan mereka kerana itu istilah teknikal undang-undang.


Jadi, jangan salah faham bila dengar perkataan 'rampas'. Dari sudut undang-undang ia istilah wajib, tetapi dari segi perlaksanaan, ia boleh berlaku dengan serahan baik, penuh profesionalisme dan saling menghormati 😊


Kita ucapkan terima kasih kepada pasukan polis kerana telah menjalankan tugas dengan jelas, telus dan penuh tertib sewaktu 'rampasan' tersebut yang berlaku di pejabat peguam Hamid 😊


Inilah buku tersebut dan ada banyak kesan koyakan. Doakan semua urusan dipermudahkan


Sumber : FB Marhamah Rosli

Post a Comment

0 Comments