Header Ads

Breaking

Tuesday, April 24, 2018

‘Dulu You Selalu Hina Orang, Sekarang Orang Hina Anak You’ – Respon Nedim Isu Anaknya Dikritik Tak Comel

 Respon Nedim Isu Anaknya Dikritik Tak Comel

‘Dulu you selalu hina fizikal orang. So, sekarang orang hina anak you. Harap jadikan pengajaran. Baby yang tak berdosa jadi mangsa.’

Tindakan beberapa orang individu tanpa bertapis menghina dan mengkritik paras rupa bayi Nora Danish dan Nedim Nazri telah menimbulkan kemarahan ramai. Apa taknya, apa lah dosa bayi yang baru beberapa bulan itu.

Sebelum ini, Nora Danish telahpun menjawab mengenai isu kecaman segolongan netizen terhadap anak bongsunya, Neyney. Nora akui terkilan dan menyifatkan netizen tidak seharusnya menilai ciptaan Tuhan.

Respon Nedim Isu Anaknya Dikritik Tak Comel

Terkini, ruang komen Istagram milik Nedim Nazri pula diserang individu yang menyalahkan suami Nora Danish ini. Individu terbabit mendakwa, suatu ketikan dulu Nedim pernah mengkritik fizikal orang lain dan ini adalah kifarah buatnya.

Menjawab komen itu, Nedim menjawba tidak pernah melakukan hal yang sedemikian rupa.

Ini respon Nedim

Respon Nedim Isu Anaknya Dikritik Tak Comel


Tambah Nedim, janganlah menggunakan akaun palsu untuk mengecam dan mempersendakan orang lain. Orang begini tak lain tak bukan sama ada gila atau pun buta.

Semoga Nedim dan Nora bertabah. Kepada makcik pakcik bawang semua, sudah-sudahlah kecam anak orang!

Credit: Bossned

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.