Ticker

6/recent/ticker-posts

‘Bahagiakanlah Pasangan Jika Nak Rezeki Melimpah Ruah’ – Pesanan Lelaki Ini Buat Ramai Suami Terkedu

Pesanan Lelaki Ini Buat Ramai Suami Terkedu

‘Dulu saya bukan siapa-siapa pun, harta pun tiada apatah lagi rupa, yang ada hanyalah cebisan-cebisan ayat yang manis.’

Pasangan suami isteri mana tidak diuji. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit. Apa lagi hubungan suami isteri. Namun, setiap masalah mahupun pergaduhan boleh diselesaikan dengan cara yang baik.

Viral di Facebook ucapan seorang lelaki yang mengimbau kembali kenangan sewaktu mula-mula mengenali isterinya 10 tahun lalu.

Dari tiada apa-apa sehinggalah mereka berdua mengecapi apa yang diidamkan dan mengharungi susah senang bersama. Ucapan penghargaan lelaki ini menarik perhatian netizen. Jom kita baca.

Kesetiaan wanita diuji saat lelaki tidak memiliki apa-apa

Pesanan Lelaki Ini Buat Ramai Suami Terkedu

Happy Anniversary yang ke 10 isteriku. Semoga hubungan kita ini kekal hingga ke akhir hayat.

Alhamdulillah, sy sgt bersyukur dikurniakan wanita sehebat wanita ini. Dulu sy bukan sape2 pun, harta pun takda apatah lagi rupa, yang ada hanyalah cebisan2 ayat yang manis. Kahkahkah!

Saya ingat lagi, pinjam kereta ayah sy yang dia jarang naik (sebab dah uzur), pegi isi minyak pastu nak start kereta tu semula dah tak hidup. So ramai yg datang memberikan bantuan utk hidupkan kereta tu. Sy malu gilaaa masa tu dah la bawa awek nk dating pastu menyusahkan pulak tapi sy tgk dia okay je, takde nak merungut ke, malu ke.. Dia just cool & ubah topik perbualan supaya sy tak stresss dan lupakan perasaan malu tu.

Yang td tu masa zaman sekolah, pastu masa kami sambung belajar dekat Kuantan tu sy diuji dengan hanya mampu pakai kereta yang usianya tua & selalu rosak.. Masa perjalanan nak balik ke Kota Bharu, kereta ni buat hal ‘overheat’ so berhenti la tepi jalan dekat Cherating untuk tunggu towing datang pickup. Tggu dalam sejam lebih towing pun datang pickup & dia dgn sy naik towing tu sekali balik ke Kuantan semula (x jadi balik KB) . Dia tak ada pun marah pasal kereta tu & tak malu pun naik towing walaupun orang towing tu drop depan kedai makan yang ramai giler student kolej perhatikan kami. Hahaha

Dia tak pernah sesekali merungut kesusahan sy, dia hanya beri sokongan je pada sy untuk terus maju. Tak pernah perkecilkan kebolehan sy, sebab tu sy hargai dia sangat2. Syukur sgt2..

Kesetiaan lelaki diuji saat memiliki segalanya. Hargailah pasangan anda.

Pesanan Lelaki Ini Buat Ramai Suami Terkedu

Alhamdulillah kehidupan kami semakin lama semakin bertambah baik selepas kahwin pada tahun 2014 dan dikurniakan puteri sulung dalam hidup kami. Anak itu rezeki kan? Dari tak ada apa2 & dulu kami selalu dipandang rendah oleh kawan2 sekeliling, sekarang kami telah banyak mengecapi impian kami yang pada masa dulu kami rasa macam mustahil sgt2.. Kawan2 yg dulu pandang rendah tu, skrg cuba merapat kembali.. Tak apa kami maafkan mereka, sebab mereka lah kami jadi kuat berusaha. Skrg kami hanya rapat dgn org yg ada ketika kami susah shj, sebab kami mmg menghargai org yg ada ketika kami dlm kesusahan.

Sy dapati apa yang menjadikan hidup kami semakin hari semakin baik adalah kami selalu support each other, dalam hubungan kami selalu ada give and take. Gaduh2 tu biasa, tak gaduh tak boleh jugak nanti boring hubungan tu. Kalau nak cerita pahit manis percintaan kami memang panjang dan bykkkkk sgt, hanya orang yang rapat shj yg tahu. Dan jugak orang yang dah biasa follow kami akan tahu perkembangan hidup kami ni macam mana…

Hari tu sy pernah bagitahu, ayat ini amat tepat dalam hidup sy.

“ Perempuan diuji bila Lelaki tidak mempunyai apa-apa, Lelaki diuji bila dia mempunyai segalanya “

Jadi, sesiapa yang mempunyai pasangan tu hargailah mereka, walaupun sekarang kita diuji dengan segala masalah bantulah pasangan kita dengan sebaiknya. InsyaAllah tuhan akan bantu kita pula. Tak percaya, cubalah!

Isteri yang bahagia itu rezeki, suami yang bahagia itu rezeki. So kalau nak murah rezeki cuba2lah bahagiakan pasangan anda.

Sape syg pasangan dia? Cerrr tag, sy cabar awk kalau betul2 syg dia. Huhu

Jadi, kepada suami-suami di luar sana, bahagiakanlah isteri anda dan Allah akan membahagiakan anda sekluarga. Insha Allah.

Post a Comment

0 Comments