Ticker

6/recent/ticker-posts

(Video) Tindakan Fathia Latiff Solat Dalam Kereta Dipersoal Netizen

Tindakan Fathia Latiff Solat Dalam Kereta Dipersoal Netizen

'Tak pernah lagi tengok orang solat dalam kereta. Bergerak-bergerak siap pakai make up tebal.'

Sebelum ini Fathia Latiff terpalit kontroversi apabila aksinya di BIGO LIVE teruk dikecam netizen sehingga dia didakwa telah ‘digam’ syarikat perfileman.

Apa yang dilakukan Fathia Latiff selepas itu sering saja menjadi kontroversi dan tidak kena di mata netizen termasuklah kenyataannya mengulas tentang isu politik.

Oleh kerana itu, Fathia Latiff di lihat kini lebih berhati-hati dalam memuat naik gambar dan status di media sosial. Kesilapan itu berjaya mematangkan dirinya untuk menjadi lebih baik.

Baru-baru ini, viral di media sosial video Fathia menunaikan solat di dalam kereta. Video tersebut telah dikongsikan menerusi Instagram milik rakannya.

Melalui video tersebut, rakannya itu memuji Fathia yang tidak meninggalkan solat dan masih menunaikan kewajipan sebagai umat Islam walaupun di dalam kereta. Menurutnya, Ketika itu waktu solat sudah hampir tamat dan Fathia segera menunaikan solat.

Sah ke solat pakai make up tebal?

Fathia Latiff Solat Dalam Kereta

Tindakan Fathia itu dipersoalkan segelintir netizen yang berpendapat, tindakan Fathia itu tidak betul kerana menunaikan solat dalam kereta bergerak dan memakai make up tebal.

‘Islam itu mudah wahai bawang-bawang.’

Fathia Latiff Solat Dalam Kereta

Oleh kerana kecaman yang dilihat tidak berasas itu, beberapa orang netizen tampil menjelaskan perkara sebenar. Mereka memuji Fathia kerana tidak meninggalkan solat dan masih menunaikan solat di dalam kereta kerana Islam agama yang sangat mudah.

Video Fathia Latiff menunaikan solat dalam kereta.


Post a Comment

0 Comments