Header Ads

Breaking

Friday, April 27, 2018

Bakal Bertanding PRU14 Menentang Azmin Ali, Ini 6 Fakta Menarik Mengenai Azwan Ali

Bakal Bertanding PRU14 Menentang Azmin Ali, Ini 6 Fakta Menarik Mengenai Azwan Ali

‘Walaupun ramai yang menuduhnya kaki propa dan bermulut becok, dia tetap tabah mempertahankan pendiriannya’

Pengumumannya untuk bertanding dan menentang darah daging sendiri iaitu Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai calon bebas untuk PRU Ke-14 kali ini sangat mengejutkan dunia artis dan politik di Malaysia. 

Walaupun sangat terkenal sebagai seorang yang bermulut laser, pelakon dan pengacara ini memmiliki pengikut sendiri di laman sosial.

Untuk pengetahuan korang, Azwan Ali sebenarnya bukan calang-calang orang. Selain merupakan adik kepada Menteri Besar Selangor, pengacara lagenda yang lebih suka digelar Diva AA ini memiliki latar belakang pendidikan yang tinggi.

Di sini kami bongkarkan kepada anda latar belakang dan 5 fakta menarik mengenai Diva AA yang mungkin korang tak pernah tahu!

#1 Bekas Mahasiswa Universiti Malaya

Bakal Bertanding PRU14 Menentang Azmin Ali, Ini 6 Fakta Menarik Mengenai Azwan Ali

Diva AA merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya pada tahun 1991 dan lebih cenderung kepada dunia penyiaran. Pasal tu la dia menceburi bidang pengacaraan. Jangan pandang sebelah mata tau!

#2 Buku ‘Selamat Jalan Dunia Pondan’ adalah karya Diva AA

Bakal Bertanding PRU14 Menentang Azmin Ali, Ini 6 Fakta Menarik Mengenai Azwan Ali

Pernah dicop sebagai selebriti pondan ketika menceburi industri hiburan, Azwan Ali pernah menulis dan menceritakan kisah hidupnya di dalam sebuah buku. Buku yang diterbitkan pada tahun 2011 itu turut menceritakan tentang jatuh bangun Azwan Ali.

#3 Adik-beradik terlibat dalam dunia politik

Bakal Bertanding PRU14 Menentang Azmin Ali, Ini 6 Fakta Menarik Mengenai Azwan Ali

Kita semua sudah sedia maklum yang abang kepada Azwan Ali adalah YB Azmin Ali, Menteri Besar Selangor. Tapi ramai yang tidak tahu adik mereka, iaitu Umie Hafilda Ali turut menceburi bidang politik. Nama Umie Hafilda pernah dikenali ramai sekitar tahun 1998 apabila dia terlibat dalam perbicaraan kes liwat melibatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

#4 Kerana keberaniannya, Diva AA sering terpalit kontroversi

Bakal Bertanding PRU14 Menentang Azmin Ali, Ini 6 Fakta Menarik Mengenai Azwan Ali

Tak dapat disangkal lagi, apabila kita sebut je nama Azwan Ali, pasti timbul pelbagai jenis gosip tentang dirinya. Namun, yang paling diingati adalah gosip pergaduhannya dengan seorang lagi pengacara lagenda, Aznil Hj Nawawi yang kononnya berebut untuk menjadi pengacara nombor satu Malaysia.

#5 DUN Bukit Antarabangsa Medan peperangan

Bakal Bertanding PRU14 Menentang Azmin Ali, Ini 6 Fakta Menarik Mengenai Azwan Ali

Keputusan Azwan Ali untuk membantu Perdana Menteri, Najib Tun Razak diputuskan selepas terjadinya krisis antara dirinya dengan abangnya, Azmin Alin. Azwan bakal bertanding di DUN Bukit Antarabangsa sebagai calon Bebas dan bakal menggunakan logo Gajah. Sekiranya menang, Azwan berjanji akan mengadakan kenduri terbesar dan beanja rendang. 

#6 Jual rendang air tangan sendiri

Bakal Bertanding PRU14 Menentang Azmin Ali, Ini 6 Fakta Menarik Mengenai Azwan Ali

Selain seorang yang berpelajaran, berbakat dalam dunia penyiaran dan lakonan, Azwan Ali juga berbakat dalam perniagaan dan dunia masakan. Buktinya, hampir setiap hari rendang buatan hasil dari air tangannya terjual. Ramai yang telah cuba rendang Diva AA dan berpendapat ianya sangat sedap bagaikan masakan ibu sendiri.

Credit: Rotikaya

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.