Header Ads

Breaking

Wednesday, May 2, 2018

10 Kemalangan Paling Mahal di Dunia yang Mengorbankan Ramai Manusia

10 Kemalangan Paling Mahal di Dunia yang Mengorbankan Ramai Manusia

Kemalangan dan kecelakaan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Sebab itulah pelbagai prosedur dan langkah berjaga-jaga diperkenalkan untuk mengurangkan risiko ia berlaku. Inilah 10 kemalangan yang paling mahal dan membabitkan kehilangan banyak jiwa.

#1 Chernobyl ($200 Billion)

10 Kemalangan Paling Mahal di Dunia yang Mengorbankan Ramai Manusia

Malapetaka paling buruk di dalam sejarah dunia moden telah berlaku pada April 1986. Ia melibatkan letupan Reaktor Nuklear Chernobyl. Ia merupakan kemalangan paling berkos tinggi di dunia. 50% kawasan Ukraine di Barat Russia terpaksa dikuarantin dan dikosongkan. Lebih 1.7 juta manusia terkesan dari malapetaka ini, termasuklah mereka yang mendapat efek seperti kanser disebabkan radiasi. Beberapa tahun kemudian, dianggarkan 125,000 orang mendapat kesan buruk dari radiasi itu. 

Dianggarkan, letupannya 400 kali lebih dahsyat dari bom yang dijatuhkan di Hiroshima pada Perang Dunia Kedua. Kemalangan di Chernobyl ini menyebabkan prosedur dan standard keselamatan melibatkan Reaktor seluruh dunia dirombak dan dikaji semula.

#2 Space Shuttle Columbia ($13 Billion)

10 Kemalangan Paling Mahal di Dunia yang Mengorbankan Ramai Manusia

Kapal Angkasa Columbia musnah ketika memasuki ruang udara bumi selepas melakukan ekspedisi angkasa di ISS pada 1 Februari 2003. Hasil penyiasatan menunjukkan kerosakan kecil di bahagian pelindung haba di sayap kiri Columbia menyebabkan ia gagal menahan kesan suhu tinggi ketika memasuki ruang udara Texas akibat kelajuan yang terlalu tinggi. 

Semua 7 anggota crew STS-107 tersebut terbunuh. Kos membina Kapal Columbia yang berjumlah $2 bilion pada 1978 ($6.3 billion jumlah kini). $500 juta dihabiskan untuk tujuan penyiasatan serta mencatatkan sejarah sebagai kos penyiasatan paling tinggi di dunia.

#3 Prestige Oil Spill ($12 Billion)

10 Kemalangan Paling Mahal di Dunia yang Mengorbankan Ramai Manusia

Melibatkan kapal yang dinamakan “The Prestige” yang membawa 77,000 tan minyak mentah pada 13 November 2002. Kejadian bermula apabila 1 daripada 12 tangkinya meletup disambar kilat di perairan Galicia, Sepanyol. Kapten meminta pertolongan dari pihak keselamatan Sepanyol untuk membawa kapal tersebut ke Pelabuhan berdekatan kerana risau kapal akan tenggelam, tetapi pihak keselamatan tidak menghiraukan pertolongan dari kapten kapal The Prestige malah mengarahkan kapal itu keluar dari perairan mereka. 

Perkara sama juga terjadi apabila kapten kapal telah memohon pertolongan dari pihak keselamatan Perancis dan Portugal. Laut semakin bergelora dan kapal Prestige itu tidak dapat diselamatkan dan akhirnya tenggelam ditelan laut menyebabkan 20 juta gelen minyak mentah ditumpahkan ke laut. Kos keseluruhan pemulihan sehingga kini masih dihitung dan dipercayai berjumlah $2.5 billion.

#4 Challenger Explosion ($5.5 Billion)

10 Kemalangan Paling Mahal di Dunia yang Mengorbankan Ramai Manusia

NASA melancarkan Misi Kapal Angkasa Challenger pada 28 Januari 1986. Namun, 73 saat selepas pelancaran ia meletup di ruang udara. Hasil penyiasatan, ia berlaku disebabkan faktor teknikal “faulty O-Ring” di mana ia gagal untuk melindungi satu bahagian penyambungan, menyebabkan tekanan kepada Liquid Gas di dalam tangki. 

Overload pada tekanan gas menyebabkan ia keluar dan berlaku letupan yang dahsyat. Kos untuk menukarkan Space Shuttle tersebut, penyiasatan, pertukaran kelengkapan telah memakan kos hampir $5 billion.

#5 Piper Alpha Oil Rig ($3.4 Billion)

10 Kemalangan Paling Mahal di Dunia yang Mengorbankan Ramai Manusia

Ketika itu Piper Alpha Oil merupakan pengeluar minyak terbesar di dunia dengan menghasilkan 317,000 per tong sehari. Inilah hari terburuk dalam sejarah minyak dunia. Kebakaran Pelantar Minyak paling buruk pernah terjadi di dunia ini berlaku pada 6 Julai 1988 kerja-kerja maintenance teknikal oleh Jurutera melibatkan lebih 100 “tiub valve” yang menyalurkan gas cecair. 

Kesilapan berlaku apabila salah seorang Technician terlupa untuk menukar 1 daripadanya. Pada pukul 10 malam, operasi itu dimulakan seperti biasa dan apabila butang ditekan oleh pekerjanya, satu letupan dahsyat yang merekodkan sejarah dunia terjadi. Dalam masa 2 jam sahaja keseluruhan pelantar meletup dan terbakar menyebabkan 167 maut.

#6 Exxon Valdez ($2.5 Billion)

10 Kemalangan Paling Mahal di Dunia yang Mengorbankan Ramai Manusia

Tumpahan lebih 10.8 juta gelen minyak di Teluk Prince William yang hanya boleh diakses hanya dengan bot dan helikopter berlaku pada March 1989. Ia merupakan tumpahan minyak paling dahsyat dalam sejarah dunia moden. Kos pemulihan melibatkan $2.5 Billion yang ditanggung oleh Exxon.

#7 B-2 Bomber Crash ($1.4 Billion)

10 Kemalangan Paling Mahal di Dunia yang Mengorbankan Ramai Manusia

B-2 Stealth Bomber. Ia merupakan Pesawat Pengebom US Airforce paling mahal yang pernah dibina. The Spirit of Kansas ini pernah diterbangkan selama 5,176 jam. Dua orang krew yang sedang mengendali pesawat berkenaan terselamat sebelum ia terhempas. Kemalangan B-2 bomber berlaku di Guam Airbase pada Februari 2008 sejurus sahaja berlepas. 

Pasukan penyiasatan membuat kesimpulan, ia disebabkan oleh “Flight Computer System” di mana data arahan secara tiba-tiba mengarahkan Pesawat membuat “nose-up move” menyebabkan ia hilang kawalan dan terjatuh. Ia melibatkan sebuah B-2 Bomber dari 21 buah yang pernah dibina oleh US.

#8 MetroLink Crash ($500 Juta)

10 Kemalangan Paling Mahal di Dunia yang Mengorbankan Ramai Manusia

Berlaku pada 12 september 2008, pukul 4.22 petang di daerah Chatsworth, Los Angeles. Tragedi ini telah dicatatkan sebagai kejadian kemalangan keretapi paling buruk di dalam sejarah California di mana 25 orang terbunuh dan 135 yang lain tercedera. Kejadian berlaku apabila keretapi barang Union Pacific bertembung berhadapan dengan keretapi komuter Metrolink. 

Keretapi Metrolink dipercayai melanggar isyarat merah sebelum memasuki trek di mana keretapi barang berkenaan berada. Ia berpunca dari kesilapan konduktor yang cuai membalas SMS serta tersalah memasuki laluan semasa pertukaran rail di Stesen California. Tindakan undang-undang dijangkakan melibatkan nilai lebih $500 juta.

#9 Tanker Truck vs Bridge ($358 Juta)

10 Kemalangan Paling Mahal di Dunia yang Mengorbankan Ramai Manusia

Sebuah kereta berlanggar dengan sebuah lori tangki yang membawa 32 ribu liter minyak di Whiethel Brigde di Jerman pada 26 Ogos 2004. Lori tangki tersebut merempuh pagar dan terjatuh 100 kaki ke bawah Jambatan Authobahn Highway menyebabkan letupan besar yang memusnahkan “load-bearing” jambatan tersebut. Kerja-kerja sementara untuk membaiki Jambatan ini melibatkan $40 Juta dan kos menukarkan jambatan $310 Juta.

#10 Titanic ($150 Juta)

10 Kemalangan Paling Mahal di Dunia yang Mengorbankan Ramai Manusia

Tragedi karamnya Titanic mungkin tragedi yang paling terkenal di dunia, malah Hollywood pernah menghasilkan filem dari kejadian ini. Pada jam 11:40 malam 14 April 1912, peninjau kapal ini mengesan sebuah iceberg (bongkah ais) yang besar ketika berlayar di 400 batu ke selatan Grand Banks of Newfoundland. 

Tragedi Titanic melanggar iceberg semasa membuat trip percutian pertama mengorbankan 1500 hartawan. Kapal ini melibatkan kos $7 Juta untuk dibina dan antara yang paling mewah dan mahal ketika itu. ($150 Juta Sekarang)

Source: Paranomal Seram

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.