Ticker

6/recent/ticker-posts

11 November Juga Dikenali Sebagai Hari Meraikan Orang Single!

 




Pasti ramai yang tidak tahu, tanggal 11 November merupakan tarikh khas untuk meraikan mereka yang single dan tidak mempunyai pasangan di China?


Dikenali juga dengan nama Guanggun Jie, Single Day pada awalnya diraikan di negara China untuk menghiburkan hati anak-anak muda di China yang tidak mempunyai kekasih. Tarikh 11/11 dipilih kerana angka ‘1’ diibaratkan sebagai individu yang bersendirian.


Pada awalnya juga, Single Day hanya diraikan oleh kaum lelaki di China tetapi kini ia juga disambut oleh kaum wanita. Malah, beberapa universiti di negara China juga mempunyai sambutan khas untuk meraikan 11/11 ini dan ia telah disambut meriah dikebanyakkan negara seluruh dunia.




Namun, berbeza dengan negara Korea, tarikh 11/11 dikenali sebagai Pepero Day, dimana mereka akan bertukar stik Pepero yang dihias dengan teddy bear atau bunga, dengan harapan agar mereka akan tinggi dan kurus, sama seperti angka 1.





Di Belgium, 11/11 adalah hari untuk memperingati Perang Dunia I, dan di Indonesia pula adalah Hari Belanja Online Nasional

Sumber : era

Post a Comment

0 Comments