Ticker

6/recent/ticker-posts

Bimbang kena kecam selepas dapat Datuk, tapi itu semua gerak daripada Allah, kata Dira

 


Rasanya belum terlambat lagi untuk min ucapkan tahniah kepada salah seorang pelakon serba boleh, Dira Abu Zahar yang kini terjun dalam dunia politik.


Menerusi laporan dari harian metro, Dira ada memuat naik status di instagramnya selepas hampir 2 minggu menerima anugerah Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk.Dalam update terbarunya itu, Datuk Dira ada memberitahu dia bimbang akan dikecam netizen.


Untuk rekod, Dira menerima anugerah itu di Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena ulang tahun kelahiran ke-71 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam pada 1 November lalu.


"Lama fikir nak 'up' (kongsikan) atau tak sebab takut kena kecam dengan netizen. Tapi, apabila difikirkan balik, kita buat saja kerana itu semua gerak daripada Allah SWT juga," tulisnya.


Menurutnya, anugerah itu datang bersama tanggungjawab besar.




"Penghargaan ini datang bukan untuk suka-suka. Ia datang bersama dengan tanggungjawab dan amanah. Insya-Allah, saya buat sehabis dan sedaya mungkin. Saya masih manusia biasa yang masih ada kurang dan lemahnya," tulisnya.


Dalam hantaran di Instagram itu, Dira turut berkongsi fotonya bersama suami selepas menerima anugerah itu.


Selain Dira, seramai 298 penerima lain turut menerima anugerah dan pingat di majlis istiadat itu.


Dira kini aktif dalam dunia politik bersama Umno sejak 2015.

Dipetik dari harian metro

Post a Comment

0 Comments