Ticker

6/recent/ticker-posts

Netizen Tak Puas Hati Kenapa Kumpulan Dolla Tak Nyanyi Lagu Sendiri

 



ABPBH 33 sudah selamat dijayakan malam tadi walaupun mendapat banyak tentangan dan kecaman dari netizen yang dirasakan tidak sesuai diadakan pada ketika negara sedang dilanda pandemik C0VID-19. Bagaimanapun pihak penganjur telah mengikut SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Tahniah diucapkan kepada penyanyi hebat Haqiem Rusli yang berjaya meraih trofi Bintang Paling Popular 2020 sekaligus memenangi sebuah kereta mewah.

Bukan itu yang admin nak cerita, apa yang menjadi persoalan ialah mengapa kumpulan Dolla tidak membuat persembahan dengan menyanyikan lagu mereka sendiri dan mengapa perlu memilih untuk membawa lagu kumpulan BLACKPINK  berjudul Love Sick Girl walaupun sebelum ini mereka sering dikaitkan dengan kumpulan dari Korea Selatan itu.




Rata-rata netizen berasa kecewa kerana kumpulan Dolla yang tidak menyampaikan lagu baharu mereka berjudul Watch Me Glow kerana lagu berkenaan agak terkenal jika dibandingkan dengan sampaikan lagu orang lain.

Selepas persembahan semalam lebih ramai netizen mengatakan mereka seakan-akan seperti meniru kumpulan BLACKPINK sendiri.





Harap-harap lepas ni Dolla boleh la perform lagu mereka sendiri sebab lagu mereka pun tidak kurang hebatnya.

Sumber : hotfm

Post a Comment

0 Comments