Ticker

6/recent/ticker-posts

Gaji penjawat awam, barisan hadapan tidak boleh dibayar jika Belanjawan 2021 tidak lulus, kata Tengku Zafrul

 


Banyak perkara baik kepada rakyat tidak akan dapat dilaksanakan sekiranya Belanjawan 2021 tidak diluluskan di Dewan Rakyat, kerajaan juga dikatakan tidak dapat membayar segala komitmen termasuk pembayaran gaji penjawat awam dan petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus memerangi C0VID-19.

Memetik laporan dari bernama, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata bagaimanapun beliau optimis belanjawan melibatkan perbelanjaan pengurusan dan pembangunan yang memfokuskan kepada usaha membantu rakyat dan pemulihan perniagaan serta ekonomi negara itu akan diluluskan.

“Bagi saya, kalau belanjawan ini dapat menolong negara kita, jadi tiada sebab untuk belanjawan ini tidak diluluskan dan ditolak (Dewan Rakyat).

“Kalau ditolak, dari segi ekonominya kita tidak dapat bayar komitmen kerajaan termasuk untuk membayar bantuan kepada rakyat,” katanya pada sidang media di Wisma Bernama, di sini hari ini.



Untuk rekod, pada 6 Nov lalu, Tengku Zafrul  yang juga menteri kewangan telah membentangkan Belanjawan 2021 dengan peruntukan terbesar dalam sejarah negara iaitu sebanyak RM322.5 bilion.

-- BERNAMA

Post a Comment

0 Comments