Ticker

6/recent/ticker-posts

Dah kahwin di Thailand konon...padahal isteri dan suami orang

 


Walaupun dunia sekarang diuji dengan ujian C0VID-19, tapi masih ada yang masih alpa dengan peringatan dari Tuhan, masih ada yang tidak takut untuk terus membuat mksiat.Sebagai contohnya, apa yang dilaporkan oleh harian metro, satu pasangan kekasih dicekup bersekedudukan.

Helah seorang lelaki kononnya sudah berkahwin dengan pasangannya di Thailand tidak menjadi apabila pemeriksaan mendapati mereka masih berstatus isteri dan suami orang.


Lelaki berusia 29 tahun itu memberi alasan itu kepada anggota penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) ketika dickup berkhlwat di sebuah rumah di Taman Sungai Kob, Karangan di sini hari ini.


Pegawai Penguatkuasa Agama Kulim, Anwar Sharifuddin Mat Saat berkata, pasangan itu dic3kup pada 4.40 pagi tadi berdasarkan maklumat awam.



Menurutnya, selepas pintu diketuk, seorang wanita membukanya manakala lelaki itu berada di ruang dapur rumah berkenaan.


"Pemeriksaan lanjut mendapati, ketika itu hanya mereka berdua dalam bilik berkenaan dan timbul syak berlakunya mksiat di rumah berkenaan.


"Ketika disoal, mereka pada mulanya mengaku pasangan suami isteri dan bernikah di Thailand namun gagal menunjukkan sebarang dokumen pernikahan malah siasatan mendapati masing-masing sudah berkahwin," katanya.



Anwar Sharifudin berkata, lelaki itu memberitahu, isterinya pulang ke kampung dan sedang mengandung anak kedua manakala wanita berusia 37 tahun itu yang mempunyai dua anak kini dalam proses berc3rai dengan suaminya.


"Berikutan itu mereka dit4han kerana disyaki berkhlwat dan dibawa ke Balai Polis Sungai Kob untuk dibuat laporan tangkpan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk diambil keterangan.


sumber : harian metro

Post a Comment

0 Comments