Ticker

6/recent/ticker-posts

Dunia Islam Hilang 9 Ulama Terulung Dalam Masa 4 Hari

 


Umat Islam bukan sahaja perlu kepada hadis yang sahih sebagai hujah, tetapi mereka juga perlu kepada kefahaman yang sahih sebagai pegangan.


Dalam syariat Islam, kefahaman yang sahih terhadap agama bukan dimiliki oleh semua orang, sebaliknya dimiliki dan dipelihara oleh kalangan alim ulama.


Walaupun mereka ini bukan nabi namun selepas kewafatan Nabi SAW sudah tentu merekalah yang meneruskan tugas Nabi SAW dan menggalas tanggungjawab dengan segala kebijaksanaan yang dimiliki.


Dengan usaha gigih mereka, warisan al-Quran dan hadis dapat dipelihara sehingga kini secara tulen buat umat Islam.






Pada Jumaat lepas (13.11.2020) kita kehilangan 5 orang ulama al-hafizh dari Sudan yang telah men1nggal dunia ak1bat kemal4ngan. Dan semalam, kita kehilangan lagi 4 orang ulama :


1. Sheikh Shahal

2. Sheikh Miqdad

3. Sheikh Alama Ali Halabi

4. Sheikh Abdul Rahman Al Sahim


Sejak Ramadhan tahun ini sahaja kita sudah kehilangan hampir 100 orang ulama dari seluruh pelusuk dunia. Begitulah sunnatullah, semua ulamak ini umpama paku yang menjadi pasak bumi, bila mereka sudah dipanggil mengadap Allah, maka ketahuilah bahawa Qiyamat itu sudah hampir…


“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu sekali gus daripada hamba-Nya, tetapi Dia mencabut ilmu itu dengan memat1kan para ulama, sehingga tiada lagi ulama yang tinggal. Pada saat itu, manusia akan mengangkat pemimpin daripada kalangan orang yang bod0h. Dan ketika pemimpin itu ditanya sesuatu, maka akan keluar daripadanya fatwa yang tidak berasaskan ilmu sehingga mereka tersesat dan menyesatkan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)


Kredit; FBYuhanis Azam

Post a Comment

0 Comments