Ticker

6/recent/ticker-posts

Macam mana pula rakyat yang tidak hilang kerja tapi gaji kurang?, tanya Najib kepada KWSP

 


Berita yang paling dinantikan oleh mereka yang terkesan dengan pandemik C0V1D-19 apabila semalam kerajaan telah membenarkan pengeluaran i-sinar dari akaun 1 KWSP maksima RM60 ribu tertakluk kepada syarat.


Namun, menerusi laporan dari themalaysianinsight, bekas perdana menteri yang juga ahli parlimen Pekan, menyuarakan kebimbangannya masih ada golongan yang benar-benar memerlukan bantuan tetapi tercicir walaupun Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) membenarkan lebih ramai pencarum mengeluarkan wang dari Akaun 1, bermula Januari ini.


Ini kerana katanya syarat pengeluaran itu hanya untuk mereka yang hilang kerja, diberi cuti tanpa gaji dan tiada punca pendapatan.


“Bagaimana pula dengan mereka yang pendapatan bulanan yang telah turun tetapi tidak hilang kerja?” tanyanya dalam satu komen pendek di Facebook, malam ini.


Lewat petang tadi, KWSP mengumumkan ahlinya yang hilang pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan boleh mengeluarkan caruman dari Akaun 1, antara RM9,000 hingga RM60,000 tertakluk kepada baki simpanan. 

Najib menarik perhatian jumlah ahli KWSP yang layak bagi pengeluaran Akaun 1 atau skim i-Sinar dianggarkan 2 juta orang, berbanding 4.7 juta orang layak untuk skim i-Lestari, yang dibenarkan sejak April lalu.


Kemudahan i-Lestari diperkenalkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) yang diumumkan pada hujung Mac lalu, yang membenarkan pengeluaran RM500 sebulan dari Akaun 2 untuk tempoh 12 bulan.



Najib sebelum ini lantang mencadangkan agar ahli KWSP diberi kelonggaran mengeluarkan simpanan Akaun 1, yang asalnya hanya boleh dikeluarkan apabila mereka mencecah umur 55 tahun.

Desakan pengeluaran sehingga RM10,000 itu katanya untuk meringankan beban rakyat yang terjejas akibat krsis C0vid-19, selain merancakkan aliran tunai dalam ekonomi negara.

Umno juga membuat desakan sama kepada kerajaan menjelang pembentangan Belanjawan 2021, termasuk lanjutan moratorium bayaran balik pinjaman bank yang lebih menyeluruh sehingga Jun 2021.

Semasa membahaskan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat minggu lalu, Najib berkata BN hanya akan menyokong cadangan kerajaan sekiranya dua syarat itu dipenuhi terlebih dahulu.

“Akhirnya bukan susah pun. Siapa yang kata susah?” tanya Najib, dalam reaksinya kepada pengumuman KWSP hari ini.

“Sekarang kita tunggu keputusan bagi lanjutan moratorium pinjaman secara automatik dan secara pukal,” tambahnya.

Beberapa pihak sebelum ini termasuk Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata pengeluaran Akaun 1 KWSP sukar dilaksanakan kerana ia simpanan untuk hari tua, ketika jangka hayat rakyat semakin bertambah dan Malaysia sedang menuju menjadi negara tua.

Bagaimanapun semasa membentang Belanjawan 2021, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz mengumumkan kebenaran pengeluaran Akaun 1 sehingga RM6,000 dengan agihan RM500 sebulan selama setahun. Ia khusus untuk mereka yang kehilangan pekerjaan akibat penularan Covid-19.

Perdana Menteri,Muhyiddin kemudian berkata kebenaran itu dibuat dengan berat hati selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak.-themalaysianinsight

Post a Comment

0 Comments