Header Ads

Breaking

Tuesday, November 10, 2020

Elak Kekeliruan Orang Ramai, Anda Tak Perlu Scan MySejahtera Masa Isi Minyak

 


Semalam hangat diperkatakan apabila tular laporan berita memaklumkan orang ramai boleh dikenakan denda kompaun RM1,000 jika tidak mendaftar di aplikasi MySejahtera ketika mengisi minyak.


Bagaimanapun, perkara itu menjadi perdebatan ramai netizen apabila ada yang mengatakan mengenai bahaya menggunakan telefon pintar berhampiran pam minyak.


Baca : Pengunjung Stesen Minyak Akan Didenda RM1,000 Jika Tidak “Check-In” Dengan Aplikasi MySejahtera

Terbaru, memetik laporan Free Malaysia Today, Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) menjelaskan tiada keperluan mengimbas MySejahtera ketika mengisi minyak.


“Perjumpaan singkat seperti mengisi petrol di stesen minyak atau membuat pembayaran tidak perlu mengimbas MySejahtera,” menurut e-mel itu.


Sumber : gulapop

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.