Ticker

6/recent/ticker-posts

(Video) Mira Filzah Teruja Suami Berbakat, Berjaya Buat Solekan Ala Jennie Blackpink Di Wajahnya

 


Pasangan merpati dua sejoli ini sentiasa menjadi perhatian ramai. Mana tidaknya Mira Filzah dan suaminya dilihat seakan tidak putus-putus berkongsi kemesraan dan kisah manis mereka berdua sejak sah menjadi pasangan suami isteri

Terbaru, Mira dan suaminya tampil memuat naik video bersama di laman YouTube mereka.


Dalam video tersebut, jelas kelihatan pasangan ini tampak mesra bersama apabila Mira meminta suaminya untuk membuat solekan pada wajahnya agar kelihatan persis penyanyi Kim Jennie dari kumpulan Blackpink.


Menerusi video tersebut, Emir dilihat mendengar sahaja arahan Mira supaya “look” yang beliau hasil berjaya dan mampu menambat hati isterinya.




Penghujung video berkenaan dapat dilihat Mira seolah teruja dengan hasil solekan itu dan terkejut lalu menyifatkan mekap tersebut sekadar memuaskan biarpun baru pertama kali melakukannya.




rata-rata para peminat suka dengan telatah mereka berdua yang tampak romantis dan serasi bersama.ramai yang memberikan komen dan kata-kata semangat kepada mereka berdua.




Netizen juga menyifatkan pasangan itu sangat “sweet” dan menyokong baik segala yang dilakukan pasangan tersebut.

Sumber : beautifulnara

Post a Comment

0 Comments