Header Ads

Breaking

Monday, November 9, 2020

Fizo Omar Tegur Netizen Jaga Adab Kalau Nak Bergambar Dengan Artis

 


Baru-baru ini, Fizo Omar ada memuat naik perkongsian memberitahu bahawa dia bersikap terbuka untuk melayan peminat yang mahu bergambar dengannya, namun biarlah mengikut masa yang sesuai dan keadaan.


Menerusi perkongsian itu, Fizo turut mengatakan ada segelintir peminat yang seolah-olah tidak mempunyai ‘common sense’ apabila memangil artis untuk bergambar tak kena waktu iaitu ketika sedang makan.


“Saya sebenarnya tak kisah pun, malah gembira sahaja bila keluar di tempat awam dan orang nak bergambar. Sebagai seorang selebriti kita rasa macam dihargai bila ada peminat nak bergambar ataupun minta autograph.




“Tapi kena tengok lah keadaan dan situasi. Common sense lah, kalau tengah makan atau tengah dalam keadaan yang serius, ada yang siap beri arahan lagi,” katanya.


Bagaimanapun, Fizo berkata dia tidak menyalahkan peminat yang mungkin terlalu teruja sehingga terlupa adab sepatutnya. Jelasnya, perkongsian itu bukan kerana marah atau tidak menghargai peminat tetapi sekadar peringatan.


“Bukan marah kongsikan perkara ini, cuma saling mengingatkan sahaja. Biarlah adab kita menggambarkan berapa tingginya nilai bangsa Melayu kita,” katanya.


Sumber : hotfm

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.