Ticker

6/recent/ticker-posts

Hanya Kerana Buka Topeng Untuk Minum Air, Penunggang Motosikal Kena Denda RM1,000

 



Kerajaan telah mewajibkan semua rakyat agar memakai topeng pelitup muka ketika berada di tempat awam, tempat sesak dan juga pengangkutan awam.Menurut laporan dari world of buzz, dua orang penunggang motosikal telah didenda RM1000 seorang hanya kerana membuka topeng untuk minum air.Kejadian ini dilaporkan telah berlaku di daerah Kerian, Parit Buntar, Perak.


Difahamkan, dua penunggang tersebut menunggu di hadapan sebuah pusat beli belah selepas menghantar rakan mereka .



Sementara menunggu, mereka membuka topeng untuk minum air. Namun, sebaik sahaja meletakkan air di dalam bakul motosikal, mereka tidak memakai semula topeng dan secara tiba-tiba tiga individu menghampiri menuduh mereka tidak memakai topeng.



 

Dua lelaki tersebut dipercayai pegawai berpakaian biasa kerana mereka tidak memakai pakaian seragam. Tetapi mereka memaklumkan bahawa mereka adalah polis dan meminta kedua penunggang motosikal itu masuk ke dalam kereta untuk dibawa ke ibu pejabat polis Daerah Kerian.


Laporan Sin Chew Daily turut berkongsikan foto resit kompaun dan kedua-dua penunggang tersebut dikenakan kompaun sebanyak RM1,000.


SUMBER: World of Buzz via gulapop

Post a Comment

0 Comments