Ticker

6/recent/ticker-posts

Rasa Badan Sebijik Macam Ikan Paus, Atikah Suhaime Terpaksa Tolak Tawaran Berlakon

 



Sudah lama tidak nampak kelibat pelakon berbakat besar, Atikah Suhaime dalam televisyen. Mesti ramai peminat yang rindukan lakonan beliau yang sentiasa menjiwai watak yang diberikan kepadanya.Namun mungkin bukan dalam terdekat ini sebab ini kenyataan terbaru dari pelakon cantik ini.

Gara-gara tidak yakin dengan bentuk badannya yang dikatakan semakin gemuk dan membesar, pelakon Atikah Suhaime mengakui dia terpaksa menolak banyak tawaran berlakon kerana keadaannya itu.


Meluahkan perkara itu menerusi Insta Story, Atikah berkata di sebabkan masalah itu secara tidak langsung menjejaskan semangatnya untuk muncul kaca televisyen



“Saya sedih kerana sekarang saya sudah gemuk. Saya tidak pernah gemuk sebelum ini. Jadi, saya asyik tolak tawaran lakonan yang datang kerana merasakan kelihatan besar seperti paus di televisyen sekarang,” tulisnya.

Bagaimanapun, Atikah tidak menjelaskan punca mengapa berat badannya naik. Katanya lagi, kegembiraan yang ditayang di media sosial hanyalah sebagai salah satu usahanya untuk mengubat kesedihan.




“Saya sangat sedih kerana tidak boleh pulang, rezeki saya di sini. Saya tidak tunjuk kesedihan di Instagram. Saya tunjuk posting yang menggembirakan bukan sebab saya mahu menunjuk-nujuk, tetapi kerana itulah cara saya atasi rasa down setiap hari,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, Atikah turut menegaskan kepada netizen supaya berhenti bertanya soal kahwin kepadanya kerana sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk diaju soalan berkenaan.


“Lagi satu, berhenti tanya bila saya akan kahwin, ibu bapa saya di Singapura, macam mana nak kahwin?,” tegasnya.



SUMBER  ASTRO GEMPAK via rotikaya

Post a Comment

0 Comments