Ticker

6/recent/ticker-posts

Ingatkan tukang cuci, Diva AA tak kenal siapa Chubb-E

 



Pasti ramai yang tidak tahu dengan kewujudan Chubb-E dalam industri hiburan tanah air, mesti ramai yang terkejut selepas beliau dinobatkan artis baharu lelaki popular,Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33.


Bagi mereka yang mempertikaikan kemenangannya, Chubb-E sebenarnya sudah 8 tahun berada dalam industri hiburan tanah air, mungkin ramai yang tidak mengetahui kewujudannya sebab tidak pernah lihat wajahnya muncul di kaca televisyen.


Perkara itu turut mendapat perhatian pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali dengan panggilan Diva AA memaklumkan dia juga tidak mengenali siapa Chubb-E. Malah, Diva AA menerusi perkongsian di Twitter itu memberitahu dia menyangkakan penyanyi itu adalah seorang tukang cuci.



Perkongsian Diva AA itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut mengatakan perkara sama bahawa mereka tidak mengenali gerangan penyanyi itu serta menyamakan Chubb-E dengan penjual air balang.


Walau bagaimanapun, Chubb-E berkata kemenangannya itu adalah rezeki daripada Allah dan tidak wajar dipertikaikan. Katanya lagi, dia mahu semua pihak menghormati format pertandingan itu berdasarkan undian peminat.-rotikaya

Post a Comment

0 Comments