Header Ads

Breaking

Tuesday, November 17, 2020

Pengeluaran i-Sinar KWSP akaun 1 mesti diganti semula

 


KWSP telah mengumumkan skim i-Sinar, iaitu pengeluaran wang dalam akaun 1 untuk pencarum yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji serta terjejas atau tiada sumber pendapatan.


Ini 10 perkara yang perlu anda tahu sebelum membuat pengeluaran;

1. Ahli yang layak boleh membuat permohonan bermula Disember 2020.


2. Amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat.

 

3. Pengkreditan pertama akan bermula pada Januari 2021.


4. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan.



5. Secara umum, ahli yang layak boleh mengakses 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100.


6. Ahli yang mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah (Akaun 1), akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.


7. Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 (Akaun 1), akan mempunyai akses 10%. Walau bagaimanapun, amaun maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.

8. Ahli yang memilih untuk memohon kemudahan i-Sinar perlu menggantikan amaun yang telah didahulukan. Caruman baharu akan dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan yang diterima telah digantikan semula. Selepas itu, caruman akan kembali ke kadar pecahan asal iaitu 70% bagi Akaun 1 dan 30% bagi Akaun 2.


9. Untuk menentukan amaun yang diperlukan untuk permohonan di bawah i-Sinar dan memastikan kelangsungan hidup semasa krisis, ahli digalakkan untuk mendapatkan nasihat kewangan melalui Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP dan/atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).


10. Maklumat lebih lanjut serta butiran terperinci mengenai kelayakan i-Sinar serta terma dan syarat akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Sumber : sinar plus

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.