Ticker

6/recent/ticker-posts

Menyesal sikap boros ketika C0VID-19, Nia Ramadhani jual semula barang-barang mewah baru dibelinya

 



Siapa yang tidak kenal dengan bawang merah iaitu Nia Ramadhani yang mengecapi kemewahan luar biasa selepas berkahwin dengan seorang lelaki berjaya.

Menurut laporan dari mStar online, Nia Ramadhani yang sering bergaya dengan barang-barang mewah mengaku banyak melakukan perbelanjaan tidak sepatutnya ketika pndemik C0vid-19.

Atas kesedaran itu, Nia, 30, yang dikenali dengan watak Bawang Merah menerusi sinetron Bawang Putih Bawang Merah membuat keputusan untuk menjual semula barang-barang yang baru dibelinya.


Dia juga merancang untuk mendermakan hasil jualan itu kepada pihak yang terkesan dengan p4ndemik C0vid-19.


“Saya sudah pilih barang-barang yang saya jarang pakai dan sudah mengasingkannya, mulai sekarang saya berjanji dengan diri saya untuk berubah dan tidak lagi menjadi seorang yang boros” tulisnya.


Video yang dimuat naik menerima hampir 1.9 juta kali tontonan dan lebih 2,000 komen positif dan neg4tif terhadap tindakan pelakon itu.


Mengikut laporan dari blog Liputan6, beberapa hari lalu Nia terlihat bercerita tentang barang-barang mewah di sebuah program televisyen bersama Jessica Iskandar.




Menerusi program itu, Nia mengakui memakai jam tangan lutsinar yang berharga kira-kira RM140,000.

Sumber : mStar Online

Post a Comment

0 Comments