Ticker

6/recent/ticker-posts

Genap Setahun Membina Mahligai Bersama 'Kekasih Halal', Nazrief Nazri Kini Terbuka Hati Nak Timang Cahaya Mata

 



Tahniah diucapkan kepada pelakon kacak, Nazrief Nazri yang kini genap setahun mendirikan rumahtangga bersama isteri tersayang, Aizatul Aqma.Menurut laporan dari portal Beautifulnara, pasangan itu dikataka kini bersedia untuk menerima kehadiran orang baru dalam keluarga . Ya, cahaya mata.. 

Menurut Nazrief yang kini berusia 29 tahun, dia hanya mampu berserah dan yakin tuhan mempunyai perancangan yang baik untuk dia dan isteri membina keluarga.


Jika pada awal dulu Nazrief dan isteri merancang untuk tidak mempunyai zuriat dalam masa terdekat, namun kini segalanya berubah.



“Masa mula-mula kahwin, kami memang merancang tak nak ada anak lagi. Tetapi sekarang kami dah agak bersedia dan serah kepada Allah SWT. Maksudnya buat masa sekarang kami tak terlalu berharap dan tak juga menolak rezeki,”


Dalam pada itu, pasangan ini dilihat turut memuat naik foto-foto momen indah setelah bergelar suami isteri sempena sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama.




Sementara itu, Nazrief turut mengakui bahawa dirinya kini mempunyai banyak masa terluang kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan kerajaan dan masa tersebut telah diisi dengan menghasilkan video menarik bersama isteri buat tatapan peminat di media sosial.


Sumber : mStar Online via beautifulnara

Post a Comment

0 Comments