Ticker

6/recent/ticker-posts

Akhirnya tamat juga drama 'cinta sekali lagi' , ini luahan hati Nelydia Senrose

 


Hari ini akhirnya drama yang menjadi trending di media sosial tamat juga. Ramai yang pasti memarahi dengan Amani yang hingga akhir hayatnya tidak menyesal dengan perbuatannya itu.


Sementara itu, pelakon utama Nelydia Senrose menitipkan ucapan penghargaan kepada semua netizen yang tidak pernah jemu menonton drama itu.


Menerusi perkongsian di ig nya, Amanda  meluahkan rasa terharu terhadap para penonton yang tidak putus-putus menunjukkan tanda sokongan terhadap drama ini dari episod awal hingga ke akhir.




 “Ada yang marah ke Amanda dan Fahad bersatu semula? Amanda buat semua ni demi anak-anak je.


“Terima kasih pada semua yang setia menonton #cintasekalilagi dari episod awal hingga akhir. Terima kasih juga pada semua yg meminjamkan rasa dan emosi sepanjang #cintasekalilagi ditayangkan,” tulisnya.

Sementara itu, Nelydia Senrose juga berharap sangat agar drama ini menjadi teladan dan pengajaran kepada sesiapa yang menontonnya.


“Semoga kisah ini menjadi teladan dan pengajaran buat kita semua, segala kekurangan dari pihak kami harap dihalalkan ye. Amanda Firdaus signing off.




“p/s: kan dah kena SETAN dgn abang @paliyahyalatest HAHAHA sbb banyak sangat main-main kat set sorry abang,” kongsinya lagi.

Di ruangan komen dapat lihat rata-rata netizen memuji lakonan berkesan Amani, Amanda dan Faahad yang dilihat berjaya menghidupkan watak yang dibawa.

ixorababy : Congratulations 👏.... jalan cerita yg sungguh bererti & mengajar kita banyak kelemahan kita sebagai manusia. You always nail it @nelydiasenrose in every drama you acted. Kudos 💕😘

miss_anivre : knapa lah nda ending dia ... amanda hidup dgn anak2 shja .. farhad menyesal seumur hidup sorang2 😴

nshhaa_ : yayy happy ending 💕 love sangat cerita ni ❣️

aniskhairul99 : Srs tak sangka watak Amani terus mati macam tu. Mula rasa tak puas hati but kalau fikir logik. Kekadang ada je manusia mati tak sempat taubat. So dapat lah mesej kat situ "taubat lah kamu sebelum ajal memanggil selagi ada kesempatan. Sebab kita tak tahu bila maut itu akan menjemput kita".. Btw happy sbb Amanda dapat maaf kan fahad. Memang susah nak cinta balik orang yang pernah kita cinta and mengkhianati cinta kita BUT bukan salah fahad tu 100% sbb dia pun kena sihir 🙁. Yeahhhh happy ending 😍

Diolah dari mediahiburan

Post a Comment

0 Comments