Ticker

6/recent/ticker-posts

Shah Hazvee Buat Pengakuan Dia Sebenarnya Sudah Bergelar Datuk

 



Pelakon baru Shah Hazvee yang pernah terpalit dengan kontroversi membawa lari isteri orang yang juga pengurusnya, baru-baru ini mendedahkan dia sebenarnya sudah dianugerahkan Darjah Kurnia Setia Diraja Perak (DKSD) yang membawa gelaran Datuk.


Menerima gelaran tersebut pada tahun 2016, Shah berkata dia tiada niat untuk merahsiakan perkara tersebut kepada umum kerana merasakan tiada kepentingan untuk dikongsikan.




“Saya dah terima anugerah ini (Datuk) pada 2016 lagi, tapi tak kecohkan pada sesiapa. Malah, keluarga saya pun tak ramai yang tahu.


"Namun saya fikir sekarang adalah waktu yang tepat kerana saya kini fokus dengan perniagaan dalam bidang pelaburan hartanah. Lagipun, memang gelaran ini saya gunakan untuk tujuan perniagaan.


"Kalau beritahu sebelum ini, macam tiada kepentingan sahaja sebab saya aktif berlakon. Jadi lebih baik saya rahsiakan," katanya.


Menurut Shah, sejak aktif dalam bidang pelaburan dia mengakui semakin memperlahankan karier seninya sebagai pelakon.




"Lakonan mungkin akan menjadi hobi sahaja selepas ini. Saya juga dalam perancangan untuk menerbitkan sebuah filem dan dalam proses untuk bekerjasama dengan seorang pelakon terkenal dari Indonesia yang bakal dikongsikan nanti.


"Ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada peminat yang setia bersama saya kerana selepas ini mungkin saya akan berehat sebagai pelakon," katanya.


Sumber : harian metro



Post a Comment

0 Comments