Ticker

6/recent/ticker-posts

Bapa PU Riz Datuk Seri, Jangan Tuduh Dia Minta RM100,000 Dari Neelofa, Kata Datuk Ayu Puteh

 


Sehari dua kebelakangan ini hangat diperkatakan tentang kontroversi mengenai hubungan PU Riz dan Neelofa yang dikatakan sedang bermasalah, ianya susulan dari muat naik di ig story ahli keluarga Neelofa yang tidak lagi follow pendakwah tersebut di instagram.

Bagi mengelakkan fitnah dan salah faham yang dilemparkan kepada PU Riz, Datuk Ayu Puteh yang juga merupakan seorang penerbit berkata beliau mengenali keluarga dan bapa PU Riz sejak 15 tahun lalu, Ayu berkata tuduhan mengatakan pendakwah itu mempunyai niat buruk terhadap Neelofa tidak berasas.


Ayu berkata lagi, PU Riz juga memiliki perniagaan makanan sendiri yang kini sudah mempunyai 10 cawangan di seluruh Malaysia, namun masih ada yang menuduh pendakwah itu kaya kerana ibu bapanya.




“Saya kenal PU Riz sejak umur dia 10 tahun dan tak salah saya, ketika itu dia masih di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Besut, Terengganu. Walauppun tak rapat tapi saya tahu dia lelaki yang baik dan sesuai dijadikan suami.


“PU Riz urus perniagaan bersama keluarga iaitu Food Station yang sudah ada lebih 10 outlet di Malaysia. Tapi masih ada yang tuduh PU Riz kaya sebab ibu bapa dia.


“Takkan la Neelofa nak berkahwin dengan lelaki tak ada ilmu agama atau suami orang. Memang Neelofa berkemampuan tapi PU Riz juga mampu nak tangguna bakal isteri. PU Riz berpelajaran tinggi, sama juga Neelofa,” katanya.



Dalam pada itu, Ayu turut mendedahkan bapa PU Riz merupakan ahli perniagaan yang berjaya namun bersikap rendah diri serta tidak mahu dikenali.


“Saya memang kenal dengan Datuk Seri Ismail sebab dalam persatuan perniagaan yang sama. Sudah 15 tahun kami kenal dan bapa dia seorang yang kaya-raya sebab mempunyai perniagaan yang berjaya.


“Netizen dan penfitnah pun agak-agaklah nak tuju fitnah pun. Kasih sayang yang tebal dikatakan kena minyak pengasih agak kelakar lah. Kasih sayang Allah yang baik. Kalau hati tu cinta tebal. Jangan fitnah kena minyak pengasih pula. Tuan badan taulah tu,” katanya.


Berikut adalah beberapa tangkap layar komen dan reaksi netizen terhadap isu tersebut.





Apapun kita tak perlulah menokok tambah cerita kalau tidak tahu perkara sebenar.Lebih baik kita doakan yang baik-baik aje.


 

SUMBER  MSTAR ONLINE via rotikaya


Post a Comment

0 Comments