Ticker

6/recent/ticker-posts

Buat video tiktok ketika pakai uniform, seorang polis wanita disiasat dan bakal berdepa tindakan tatatertib

 



Sekarang buat apa saja semua nak diupdate di laman sosial, pergi bercuti atau meluahkan perasaan pun ada yang memuat naik status tak kisah sama ada di fb, twitter mahupun instagram. Terkini jadi ikutan ramai anak muda terutamanya yang memuatnaik video ke laman sosial tiktok. Boleh muat naik tapi sekiranya kita seorang yang bekerja dalam badan beruniform rasanya ada etika yang perlu kita ikut.


Seorang anggota polis wanita dari Kontinjen Kelantan berdepan tindakan tatatertib selepas memuat naik video seperti aksi tarian menerusi aplikasi Tik Tok sewaktu memakai uniform operasi polis.


Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, perbuatan yang kini tular di media sosial itu menjejaskan imej jabatan dan kod etika Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Katanya, siasatan telah dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Kelantan bagi membolehkan tindakan tatatertib diambil mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.



“Saya memandang serius perlakuan seorang anggota polis yang membuat video yang mempamerkan aksi seperti tarian menerusi aplikasi Tik Tok sewaktu memakai uniform polis.


“Arahan Ketua Polis Negara sangat jelas bahawa terdapat larangan pegawai kanan dan pegawai rendah polis memuat naik serta perkongsian peribadi semasa memakai uniform di platform media sosial,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Menurut Shafien, pihak jabatan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawainya yang melakukan pelanggaran integriti sehingga mencemarkan nama baik PDRM.-K!ONLINE

Post a Comment

0 Comments