Ticker

6/recent/ticker-posts

Dituduh Lari Masa Hari Pernikahan, Keluarga ‘Pengantin’ Lelaki Tampil Beritahu Perkara Sebenar Yang Berlaku

 


Kerana laparkan like dan view serta nak sangat jadi perhatian, kini semakin ramai sudah tidak fikir panjang lagi, sanggup buat perkara bodoh demi kepuasan diri sendiri tanpa memikirkan padah yang menanti kemudian hari.

Menerusi perkongsian dari portal ohbulan, Sebelum ini, kisah mengenai seorang pengantin lelaki tidak muncul semasa majlis akad nikah mendapat perhatian warganet. Momen-momen tersebut telah dirakam dan dimuat naik di aplikasi TikTok oleh pengantin perempuan. Apa yang menyedihkan, apabila segala persiapan yang rapi telah dibuat, namun perkahwinan tersebut tidak berlangsung seperti mana yang telah dirancangkan.


Terbaru, menerusi ruangan komen keluarga kepada pengantin lelaki tampil menjelaskan perkara yang sebenar.


Perempuan Tersebut Sudah 2 tahun kahwin


Kakak ipar kepada pengantin perempuan itu yang dikenali sebagai Emily Dzawir, menerusi komen menjelaskan perkara sebenar apa yang telah terjadi. Jelas wanita tersebut, video yang dimuat naik di aplikasi TikTok dipercayai, dilakukan demi content buat orang ramai. Tidak berakhir di situ, suami ‘pengantin’ wanita itu juga pernah, memfailkan penceraian kepadanya namun dihalang oleh keluarganya sendiri.

Bila disoal mengapa berbuat sedemikian, dia (pengantin) mendakwa video tersebut dibuat demi meraih like, views, dan untuk marketing perniagaanya.  Kini, kesemua video tersebut telah dipadam olehnya dan tidak dapat lagi dilihat bagi tontonan umum.

Demi content sanggup buat perkara memalukan





Seperti biasa menjengah diruangan komen dapat dilihat  rata-rata warganet mengecam tindakan wanita tersebut yang dikatakan ‘mengejar’ populariti. Tambahan pula, netizen turut mempersoalkan tindakannya yang seolah-olah tidak menjaga perasaan suaminya sendiri dan melakukan perkara yang tidak ‘normal’ demi meraih simpati orang ramai.






Terdahulu, Atiqah memuat naik beberapa video di TikTok menceritakan ketabahannya diuji apabila bakal suaminya tidak menghadirkan diri semasa majlis akad nikah mereka berdua. Fuh tertipu satu Malaysia ya!

Sumber: Facebook via ohbulan

Post a Comment

0 Comments