Ticker

6/recent/ticker-posts

(Video) Inilah Bukti Kenapa Gelaran King Of Highway Hak Milik Kekal MyVi, Mercedes Pun Tercicir Tak Dapat Kejar

 


Siapa yang tidak kenal dengan Perodua MyVi? Sebuah kereta yang cukup ikonik dengan anak muda Malaysia, juga kereta yang selalu buat hal bila berada di jalan raya terutamanya apabila beraksi di lebuh raya.

Banyak supercar terpaksa memberi tabik hormat apabila dari jauh ternampak amaran lampu supaya masuk ke lorong sebelah kiri untuk memberikan laluan kepadanya.


Menerusi perkongsian dari blog gulapop yang diambil dari worldofbuzz, nampaknya, memang benar apa dikatakan ramai bahawa Myvi adalah hero jalan raya apabila ianya dibuktikan menerusi video tular ini.



Menerusi video dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, JinSeng Tan yang menaiki Mercedes C200 memaparkan sebuah Myvi putih berada di hadapan mereka.


Walaupun beliau sudah menekan minyak, namun mereka masih ketinggalan dan tidak dapat mengejar Myvi yang sudah jauh di hadapan. Dalam entri tersebut, dia turut menyertakan kapsyen, “Supercar Nasional, tiada yang lain”.


Dalam video tersebut, turut kedengaran JinSeng yang duduk di sebelah pemandu berkata sudah lebih 162km/h, tapi tetap tak dapat kejar Myvi.


Malah, mereka sudah mencapai sehingga 172km/h, namun masih tidak dapat mendekati Myvi yang sudah jauh kehadapan.

 


Seperti biasa, di ruangan komen dapat dilihat komen-komen yang agak nakal dari netizen. Ada yang beranggapan bukan sebab MyVi laju tapi ianya bergantung pada pemandu, kalau dapat kat pemandu hati kering memang dia tekan sampai rapat meter la..hihi





Kesimpulannya, video tersebut sekaligus membuktikan bahawa Myvi sememangnya kereta yang paling ‘g4nas’ di jalan raya.


SUMBER: World of Buzz

Post a Comment

0 Comments